KUALA LUMPUR 3 Julai – Setakat Mei lalu, Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM203.33 juta. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sejak penubuhannya pada 12 Oktober 2022 sehingga Mei 2024, jumlah keseluruhan panggilan yang diterima daripada orang ramai ialah sebanyak 95,094. “Kertas siasatan yang dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 10,649 bagi kes kesalahan penipuan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan. “Sebanyak 74 kertas siasatan bagi kesalahan pengubahan wang haram telah dibuka melibatkan pembekuan…
Read MoreDay: July 3, 2024
Kehadiran Sheikh Al-Azhar satu penghomatan
PUTRAJAYA 3 Julai – Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb ke Malaysia adalah satu penghormatan besar kepada negara kerana dikunjungi tokoh dan imam besar yang dihormati dan dimuliakan dunia Islam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sheikh Al-Azhar, yang kini dalam rangka lawatan empat hari ke Malaysia hingga Jumaat, dikenali sebagai ketua ilmu yang telah memberikan sumbangan besar kepada dunia Islam sejak sekian lama. “Saya bagi pihak rakan-rakan terutama dari pihak Kerajaan Malaysia berasa terharu kerana undangan saya tatkala bertemu dengan Imam Besar Al-Azhar…
Read MoreSolidariti Bersama Selangor FC kumpul RM76,490
SHAH ALAM 3 Julai – Tabung Solidariti Bersama Selangor FC yang bermula 26 Jun 2024 sehingga semalam (2 Julai) ditutup dengan sumbangan terkumpul sebanyak RM76,490.06, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari Beliau berkata, keseluruhan jumlah sumbangan itu akan diserahkan kepada Selangor FC bagi membantu pasukan tersebut memperjuangkan keadilan hingga ke peringkat tertinggi. Katanya, inisiatif ini memberi ruang kepada rakyat Malaysia dan para peminat bola sepak negara merentasi batas kenegerian menzahir solidariti kepada Selangor FC. “Berdasarkan sambutan yang diterima terhadap sumbangan solidariti Bersama Selangor FC, kita dapat melihat bagaimana sokongan kuat…
Read MoreLapangan terbang kekal milik kerajaan
KUALA LUMPUR 3 Julai – Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan menegaskan semua lapangan terbang di negara ini kekal milik kerajaan, manakala Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berperanan sebagai operator kemudahan berkenaan. Katanya, pada masa yang sama kerajaan juga akan terus memegang saham khas dalam MAHB dan berdasarkan hak itu kerajaan yang mempunyai kuasa melantik pengerusi dan pengarah urusan MAHB yang kedua-duanya warga tempatan. Justeru beliau menyangkal dakwaan bahawa pihak asing akan mencampuri urusan atau mengambil alih lapangan terbang negara sebaliknya “Aspek keselamatan tetap menjadi tanggungjawab agensi kerajaan, termasuk kawalan…
Read MoreTitah Adendum : Najib akan kemuka rayuan
KUALA LUMPUR 3 Julai – Najib Razak akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung kewujudan Titah Adendum (perintah tambahan) Yang di-Pertuan Agong ke-16. Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, perintah tambahan itu mengarahkan supaya beliau menjalani baki tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah. Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemui pemberita selepas prosiding, berkata beliau menerima arahan daripada Najib untuk memfail rayuan terhadap keputusan Hakim Datuk Amarjeet Singh, ke Mahkamah Rayuan secepat mungkin. Muhammad Shafee juga memberitahu , beliau bingung dengan pendirian kerajaan…
Read More6 ahli Parlimen yakin kerusi mereka kekal
KUALA LUMPUR 3 Julai – Enam Ahli Parlimen yang keahlian masing-masing terhenti daripada Bersatu yakin kerusi masing-masing tidak akan dikosongkan berdasarkan mereka tidak pernah meninggalkan atau berhenti menjadi ahli parti itu. Ahli Parlimen Labuan, Dr Suhaili Abdul Rahman yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan itu berkata, mereka dipecat daripada Bersatu dan nama mereka dibuang daripada sistem keahlian parti berkenaan. “Ini jelas membuktikan tiada unsur kami meninggalkan Bersatu atau melompat ke parti lain yang boleh meletakkan kami di Perkara 49(A) Perlembagaan Persekutuan. “Kekosongan kerusi tidak akan berlaku memandangkan pindaan perlembagaan Bersatu hanya…
Read MoreBerita pilihan…
Bekas perisik PM baharu Belanda
THE HAGUE: Bekas ketua perisikan, Dick Schoof, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri baharu di hadapan Raja Belanda, Raja Willem-Alexander, yang berlangsung di istana semalam. Beliau mengambil alih kepemimpinan Kerajaan Belanda daripada Mark Rutte yang memegang jawatan itu selama 14 tahun dan pada tahun lalu mengumumkan persaraannya daripada politik. Pada upacara rasmi itu, barisan menteri Kabinet pimpinan Schoof turut berikrar taat setia kepada raja dan perlembagaan negara. Schoof, 67, berpengalaman memainkan peranan utama dalam menangani pelbagai situasi krisis, termasuk mengetuai siasatan Belanda terhadap kes pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh…
Read MoreIktiraf Palestin pada masa sesuai
SINGAPURA: Singapura secara prinsip bersedia mengiktiraf negara Palestin pada masa yang sesuai dengan pertimbangan utama langkah itu harus membantu kemajuan ke arah keamanan dan penyelesaian dua negara Israel dengan Palestin. Menteri Hal Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan memberitahu Parlimen, perlu ada Kerajaan Palestin yang berkesan yang menerima hak Israel untuk wujud dan menolak keganasan secara tegas. “Kami menggesa kedua-dua pihak untuk mengambil langkah ke arah keamanan berkekalan dan menamatkan penderitaan yang telah berlangsung terlalu lama,” katanya kepada Parlimen, semalam Pada 10 Mei lalu, Singapura mengundi menyokong resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan…
Read More