Had usia beli rokok dinaikkan kepada 21

JAKARTA 31 Julai – Indonesia menaikkan had usia minimum untuk membeli rokok daripada 18 kepada 21, sebagai sebahagian daripada siri perubahan kepada peraturan kesihatan yang bertujuan membendung tabiat merokok.

Dalam peraturan kerajaan yang ditandatangani Presiden Joko Widodo minggu lalu, Indonesia turut mengharamkan penjualan sebatang rokok, alternatif murah yang biasa di kedai jalanan tempatan.

Peraturan itu bertujuan “menurunkan kelaziman perokok dan mencegah perokok awal usia,”.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam tinjauan pada 2021 menyatakan

Indonesia, dengan 270 juta penduduk adalah salah satu pengeluar tembakau terkemuka dunia dan terdapat kira-kira 70 juta perokok dewasa di negara itu.

Kementerian kesihatan Indonesia, dalam tinjauan pada 2023, berkata 7.4 peratus daripada 70 juta perokok di negara itu adalah antara usia 10 hingga 18 tahun, dengan 15 hingga 19 tahun adalah kumpulan usia yang paling ramai merokok.

Peraturan baharu itu juga melarang penjualan rokok konvensional dan elektronik di “aplikasi elektronik komersial” dan laman media sosial.

Pengiklanan rokok di media sosial juga dilarang. Penalti bagi pelanggaran terdiri daripada teguran bertulis kepada larangan sementara untuk mengiklankan rokok.

Related posts

Leave a Comment