Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh terbunuh

TEHRAN – Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh bersama seorang pengawal peribadinya susulan serangan ke atas kediamannya di Tehran hari ini.

“Kediaman Ismail Haniyeh, ketua pejabat politik, diserang di Tehran, dan akibat kejadian ini, dia dan salah seorang pengawal peribadinya, syahid,” kata kenyataan oleh Kor Pengawal Revolusi di laman web beritanya, Sepah.

Punca “kejadian” tidak jelas tetapi Pengawal Revolusi Iran berkata, ia “sedang disiasat.”

Haniyeh tiba di Tehran pada Selasa untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden baharu Iran Masoud Pezeshkian di Parlimen.

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab manakala satu laporan lain menyebut, Hamas mengesahkan bahawa serangan Israel di Tehran membunuh ketuanya, Ismail Haniyeh.

“Saudara, pemimpin, mujahid Ismail Haniyeh, ketua pergerakan ini meninggal dunia dalam serangan Zionis di ibu pejabatnya di Tehran selepas beliau menyertai pelantikan presiden baharu (Iran),” kata Hamas dalam satu kenyataan.

April lalu tiga anak dan tiga cucu, Ismail Haniyeh mati syahid dalam serangan udara tentera Israel di Baitulmuqaddis.

Tiga anak lelaki beliau yang terkorban ialah Hazen Haniyeh, Amir Haniyeh dan Muhammad Haniyeh sementara tiga cucunya dikenali sebagai Amal iaitu anak kepada Hazem sementara Khaled dan Razan merupakan anak Amir.

Kesemua mangsa terkorban ketika menaiki kereta untuk melawat saudara mara mereka di kem pelarian Al-Shati di utara Gaza, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Related posts

Leave a Comment