Ustaz Don ‘petik kitab’ bukan hadis

PUTRAJAYA – Salah faham berkaitan ‘memetik hadis lemah’ didakwa menjadi punca pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal Don Biyajid disingkirkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah yang masih berbaki empat episod. Ustaz Don pada sidang media malam ini menjelaskan beliau tidak menyebut mengenai hadis sebaliknya merujuk kitab Tanqihul Qaul Al Hadith. Justeru, beliau menafikan dakwaan mengingkari arahan stesen penyiaran terbabit apabila sekali lagi memetik hadis lemah ketika bersiaran di TV1, semalam. Menerima keputusan itu dengan reda, Ustaz Don bagaimanapun menafikan dia mengingkari arahan stesen penyiaran terbabit apabila sekali lagi memetik hadis lemah…

Read More

Anwar, Muhyiddin tamatkan ‘pertikaian

KUALA LUMPUR 14 Jun – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin bersetuju untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka membabitkan dua saman fitnah di Mahkamah Tinggi. Menurut kenyataan bersama yang dikongsikan dalam Facebook masing-masing, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan kesan saman fitnah kepada umum serta mengambil kira saranan Hakim Mahkamah Tinggi dan keadaan semasa negara yang perlu diutamakan terutamanya soal kelangsungan kehidupan rakyat. “Kami merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi dan pegawai-pegawai Mahkamah yang terbabit. Kami juga berharap keputusan ini dapat diterima dan dihormati oleh semua pihak,”…

Read More

Kadar sewa bas, van persiaran naik 20 peratus

KUALA LUMPUR 14 Jun – Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) akan menaikkan kadar sewaan bas dan van persiaran sebanyak 20 peratus mulai 17 Jun ini, kata Presidennya, Leong Hoon Min. Beliau berkata kenaikan itu sementara menunggu keputusan dibuat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta kementerian lain yang berkaitan isu subsidi yang akan dibincangkan bulan depan. “MITA akan memantau kenaikan harga berkenaan dari semasa ke semasa selaras harga minyak diumumkan kerajaan. Kenaikan harga tertakluk keadaan semasa dan keputusan berkenaan dibuat berdasarkan keperimanusiaan dan penyelesaian jangka pendek,” katanya kepada pemberita hari…

Read More

Ustaz Don Daniyal ‘direhatkan terus”.

KUALA LUMPUR 14 Jun – Baru muncul malam tadi selepas direhatkan, pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ‘direhatkan terus’ dan tidak akan muncul lagi dalam program Salam Baitullah terbitan RTM di TV1. Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman yang kecewa dengan tindakan pendakwah popular itu malam tadi berkata, Ustaz Don tidak akan muncul dalam program yang masih berbaki empat episod itu. “Bila dah bagi peluang, dah ‘consult authority’ dan ahli agama, dah ‘remind’ apa yang boleh cakap dan apa yang tak boleh, kenalah pandai ‘anticipate response from viewers’. Wisdom…

Read More

31,600 jemaah Malaysia bergerak ke Arafah

MAKKAH: Jemaah haji Malaysia mula tiba di Arafah selepas memulakan pergerakan ke Masyair secara berperingkat seawal pukul 6 pagi dengan menaiki bas khas yang disewa pihak Lembaga Tabung Haji (TH). Dalam kalangan 31,600 jemaah Malaysia bagi Musim Haji 1445H/2024 itu, ada yang bertolak lewat pagi dan lewat petang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, membuat pelepasan pagi tadi dengan tiga buah bas yang bergerak dari Maktab 77 dan 78 di Hotel Abraj Al-Janaderiyah, begitu juga dari maktab lain. Mohd Na’im mengharapkan dan mendoakan…

Read More

Konvoi kesihatan pindahkan jemaah ke Makkah

MAKKAH: Bagi membolehkan jemaah haji yang sedang menerima rawatan di hospital-hospital Madinah menunaikan haji, Kementerian Kesihatan menyediakan konvoi pengangkutan bagi memindahkan 17 jemaah pelbagai negara ke Makkah. Konvoi kesihatan dengan kumpulan 24 ambulans itu bergerak awal pagi Rabu lalu menuju Makkah menjelang Hari Wukuf. Menurut laporan Saudi Gazette, konvoi yang dilengkapi bekalan perubahan turut disertai pasukan perubatan khusus terdiri daripada 106 profesional termasuk  doktor, jururawat dan paramedik. Manakala sepanjang Jalan Al-Hijrah antara Madinah dan Makkah, sebanyak enam ambulans ditempatkan. Selain itu, konvoi berkenaan juga terdiri daripada kenderaan penyelenggaraan dan bengkel…

Read More

Suhu boleh mencecah 72 darjah Celsius

MAKKAH: Suhu permukaan di beberapa kawasan pergunungan di tapak suci boleh mencecah sehingga 72 darjah Celsius. Justeru Kementerian Kesihatan Arab Saudi yang mengeluarkan amaran itu p mengingatkan jemaah haji supaya berwaspada dengan bahaya pendedahan kepada suhu yang tinggi itu. Memetik laporan Saudi Gazette, kementerian mengingatkan jemaah haji bahawa pendedahan kepada cahaya matahari untuk jangka masa lama boleh menimbulkan risiko besar kepada kesihatan. Ibadah haji musim ini dilaksanakan dalam keadaan suhu tinggi di Makkah, sekali gus menjadi kesukaran terbesar bakal dihadapi jemaah haji. Sehubungan itu jemaah haji dinasihatkan sentiasa menggunakan payung…

Read More