MAKKAH: Bagi membolehkan jemaah haji yang sedang menerima rawatan di hospital-hospital Madinah menunaikan haji, Kementerian Kesihatan menyediakan konvoi pengangkutan bagi memindahkan 17 jemaah pelbagai negara ke Makkah.
Konvoi kesihatan dengan kumpulan 24 ambulans itu bergerak awal pagi Rabu lalu menuju Makkah menjelang Hari Wukuf.
Menurut laporan Saudi Gazette, konvoi yang dilengkapi bekalan perubahan turut disertai pasukan perubatan khusus terdiri daripada 106 profesional termasuk doktor, jururawat dan paramedik.
Manakala sepanjang Jalan Al-Hijrah antara Madinah dan Makkah, sebanyak enam ambulans ditempatkan.
Selain itu, konvoi berkenaan juga terdiri daripada kenderaan penyelenggaraan dan bengkel bergerak, kenderaan oksigen, kenderaan pemantauan dan intervensi pantas.
Konvoi itu adalah sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan berintegrasi yang disediakan merangkumi semua sektor kesihatan di bawah pengawasan dan organisasi Direktorat Kesihatan Am di Madinah.
Selain itu, konvoi berkenaan juga terdiri daripada kenderaan penyelenggaraan dan bengkel bergerak, kenderaan oksigen, kenderaan pemantauan dan intervensi pantas, menurut laporan itu.
Ini adalah kali pertama penyediaan konvoi ini yang melibatkan Persatuan Bulan Sabit Merah Saudi, Hospital Pakar Raja Faisal di Madinah, Hospital Putera Mohammed bin Abdulaziz untuk Pengawal Nasional, dan Hospital Putera Sultan untuk Angkatan Bersenjata, serta beberapa kemudahan kesihatan swasta.
Setiap tahun, Kementerian Kesihatan berhasrat untuk memindahkan jemaah yang sakit dari hospital di Madinah ke Makkah bagi membolehkan mereka menyelesaikan ibadah haji dalam keadaan sihat dan selamat.
(Foto Inside Haramain)
Nnn
