MAKKAH: Suhu permukaan di beberapa kawasan pergunungan di tapak suci boleh mencecah sehingga 72 darjah Celsius.
Justeru Kementerian Kesihatan Arab Saudi yang mengeluarkan amaran itu p mengingatkan jemaah haji supaya berwaspada dengan bahaya pendedahan kepada suhu yang tinggi itu.
Memetik laporan Saudi Gazette, kementerian mengingatkan jemaah haji bahawa pendedahan kepada cahaya matahari untuk jangka masa lama boleh menimbulkan risiko besar kepada kesihatan.
Ibadah haji musim ini dilaksanakan dalam keadaan suhu tinggi di Makkah, sekali gus menjadi kesukaran terbesar bakal dihadapi jemaah haji.
Sehubungan itu jemaah haji dinasihatkan sentiasa menggunakan payung bagi mengelak pendedahan langsung kepada matahari, dan minum air dalam kuantiti yang mencukupi sepanjang hari, walaupun tidak berasa dahaga.
Jemaah juga digesa mematuhi semua arahan dan nasihat kesihatan, dan mengelakkan keluar dan terdedah terus kepada sinaran matahari atau berjalan di atas atau menyentuh permukaan pada waktu puncak dari pukul 11 pagi hingga 3 petang.
Nnn
