MAKKAH: Khutbah Arafah pada musim haji tahun ini akan diterjemah dalam 50 bahasa, demikian menurut Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi seperti dilaporkan Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Menurut SPA, inisiatif yang diterajui Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman adalah projek terbesar dunia yang seumpamanya.
Dilancarkan pada 2018, projek itu pada mulanya menawarkan terjemahan dalam lima bahasa.
Perkembangan luar biasa hingga 50 bahasa dalam masa kurang satu dekad mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk menyebarkan mesej kesederhanaan dan nilai-nilai Islam di seluruh dunia.
Khutbah Arafah untuk musim haji tahun ini akan mencapai satu bilion pendengar di seluruh dunia, memupuk pemahaman lebih baik dan mempromosikan keamanan melalui mesej khutbah Arafat.
Pada musim haji lalu, ia melibatkan 20 bahasa di mana enam bahasa baharu diperkenalkan iaitu Sepanyol, Portugal, Jerman, Filipina, Itali dan Bosnia.
Antara bahasa utama untuk terjemahan ialah Inggeris, Perancis, Mandarin, Benggali, Rusia, Melayu, Urdu, Parsi, Hausa dan Turkiye.
Nnn
