Mike, Natasha Olahragawan Olahragawati Kebangsaan 2023

KUALA LUMPUR 13 Jun –  Jaguh bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2023, manakala Olahragawati Kebangsaan milik atlet tenpin boling wanita, Natasha Mohamed Roslan. Syarul Azman, 51, yang mesra disapa Mike mengetepikan empat lagi calon akhir iaitu atlet ekuestrian, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil, Ng Eain Yow (skuasy), Muhammad Arif Afifuddin Ab Malek (karate) dan Muhammad Rafiq Ismail (tenpin boling). Manakala Natasha menewaskan empat lagi pencabarnya iaitu ratu skuasy, S Sivasangari,  atlet muay thai, Nur Amisha Azrilrizal, Nur Syazrin Mohamad Latif (pelayaran) dan Nurul…

Read More

Dituduh di bawah Akta Kanak-kanak

PETALING JAYA 13 Jun – Pertuduhan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin mengikut Akta Kanak-kanak (AKK) 2001 dan bukan Seksyen 302 Kanun Keseksaan, hari ini mungkin berdasarkan bukti dan keterangan saksi yang diperoleh polis. Peguam mewakili ibu kanak-kanak autisme itu, Mahmud Jumaat berkata pertuduhan yang dihadapi pasangan suami isteri itu hanya membabitkan pengabaian dan bukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh). “Ini mungkin berdasarkan bukti yang ada dan berdasarkan keterangan saksi yang dipanggil (polis). Berikutan itu, pihak pendakwaan hari ini membuat keputusan untuk hanya menuduh kedua-duanya mengikut Seksyen…

Read More

SPRM profesional, bukan alat kerajaan

PUTRAJAYA 13 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) SPRM bukan alat kerajaan untuk membuat pendakwaan terpilih sebaliknya bertindak secara profesional, tanpa mengira siapa sama ada pihak pegawai kerajaan, ahli politik ‘government of the day’ dan sebagainya. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata, pihaknya mengambil tindakan yang profesional, tidak mengira siapa sama ada pihak pegawai kerajaan, ahli politik ‘government of the day’ dan sebagainya. “Apabila ada report (laporan) dan kesalahan, kita akan tuduh di mahkamah, itu saja kerja saya, saya tidak ada selective prosecution (pendakwaan terpilih) di sini,” katanya. Beliau…

Read More

120 juta penduduk dipindah secara paksa

GENEVA: Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) mendedahkan sejumlah 120 juta penduduk dunia dipindahkan secara paksa sama ada disebabkan peperangan, keganasan atau penganiayaan. Menurut UNHCR, konflik di tempat seperti Gaza, Sudan dan Myanmar memaksa lebih ramai penduduk meninggalkan rumah mereka dan jumlah penduduk global yang rentan kini menyamai populasi penduduk Jepun. Ketua Pelarian PBB, Filippo Grandi berkata, konflik masih kekal sebagai pemacu pemindahan besar-besaran yang sangat besar. Pada akhir tahun lalu, seramai 117.3 juta orang kehilangan tempat tinggal, kata UNHCR dalam satu laporan dan pada akhir April, jumlah itu terus…

Read More

8,000 kanak-kanak Gaza kurang zat makanan

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan lebih 8,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun di Gaza terpaksa dirawat akibat kekurangan zat makanan sejak tercetusnya perang, Oktober lalu. Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 28 kanak-kanak maut akibat masalah berkenaan dengan sebahagian besar penduduk Gaza kini menghadapi bencana kelaparan. “Walaupun terdapat laporan peningkatan bantuan makanan, namun sehingga kini tiada bukti bahawa golongan sasar yang paling memerlukan menerima kuantiti dan kualiti makanan yang mencukupi. “Lebih 8,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun dirawat untuk kekurangan zat makanan yang…

Read More

Khutbah Arafah diterjemah 50 bahasa

MAKKAH: Khutbah Arafah pada musim haji tahun ini akan diterjemah dalam 50 bahasa, demikian menurut Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi seperti dilaporkan Agensi Berita Arab Saudi (SPA). Menurut SPA,  inisiatif yang diterajui Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman adalah projek terbesar dunia yang seumpamanya. Dilancarkan pada 2018, projek itu pada mulanya menawarkan terjemahan dalam lima bahasa. Perkembangan luar biasa hingga 50 bahasa dalam masa kurang satu dekad mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk menyebarkan mesej kesederhanaan dan nilai-nilai Islam di seluruh dunia. Khutbah Arafah untuk musim haji tahun…

Read More

RM8.8 bilion tingkat infrastruktur

MAKKAH: Arab Saudi membelanjakan SR7 billion (RM8.8 bilion) dalam penyediaan infrastruktur dan elektrik bagi menambah baik perkhidmatan kepada jemaah haji sambil menekankan aspek keselamatan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Diraja untuk Kota Makkah dan Tapak Suci, Saleh Al-Rasheed, berkata lebih 70 juta penumpang mendapat manfaat daripada stesen pengangkutan yang dibangunkan. Merujuk kepada penyiapan jalan lingkar di Makkah bertepatan dengan ibadah haji musim ini, beliau berkata, matlamat suruhanjaya adalah menaik taraf perkhidmatan kepada tetamu Allah. Memetik laporan Saudi Gazette, beliau memberitahu demikian pada Simposium Haji ‘Usaha kerajaan untuk memudahkan kerja-kerja haji’. Mengenai…

Read More