1.2 juta jemaah tiba di Arab Saudi

RIYADH: Lebih 1.2 juta jemaah haji dari seluruh dunia telah tiba di Arab Saudi setakat ini bagi musim haji 1445H, kata Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah, seperti dilaporkan Saudi Press Agency (SPA). Bercakap pada sidang media, Dr Al-Rabiah, berkata jemaah berkenaan dilaporkan telah melengkapkan prosedur kemasukan ke negara itu dengan mudah selain mempunyai keadaan kesihatan yang baik serta tahap kepuasan yang tinggi. Beliau menyatakan kejayaan itu adalah hasil ‘pertolongan Allah’ diikuti oleh ‘sokongan tanpa had kepemimpinan yang bijaksana’ dan ‘usaha ikhlas wira-wira sektor yang berkhidmat kepada…

Read More

Malaysia sambut Aidiladha 17Jun

KUALA LUMPUR 7 Jun – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun ini, manakala esok permulaan bulan Zulhijjah 1445 Hijrah. Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman membuat pengumuman itu yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1445 Hijrah ialah pada 8 Jun 2024 Masihi. “Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10…

Read More

Indonesia rancang tubuh hospital lapangan di Gaza

JAKARTA 7 Jun – Presiden Joko Widodo merancang untuk menghantar kakitangan perubatan ke Gaza dan menubuhkan hospital lapangan sementara untuk membantu rakyat Palestin yang cedera akibat serangan tentera Israel. Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto memaklumkan hasrat Jokowi itu selepas beliau bertemu presiden di Istana Negara di Jakarta. Perjumpaan itu adalah bagi melaporkan penyertaan Prabowo baru-baru ini dalam dialog antarabangsa di Singapura, di mana beliau mendedahkan keazaman Indonesia untuk memberikan lebih banyak bantuan kemanusiaan kepada Palestin. Prabowo melaporkan kepada presiden mengenai keadaan semasa di Gaza, dan beliau mengarahkan saya untuk menubuhkan hospital…

Read More

Lima anggota tidak tetap majlis keselamatan

NEW YORK: Mulai 2025, Denmark, Greece, Pakistan, Panama dan Somalia akan menjadi anggota tidak tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama dua tahun. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) memilih lima anggota baharu itu semalam bagi menggantikan Ecuador, Jepun, Malta, Mozambique dan Switzerland. Majlis Keselamatan PBB adalah satu-satunya badan PBB yang mempunyai kuasa untuk meluluskan resolusi yang mengikat mengikut undang-undang antarabangsa. Amerika Syarikat, China, Russia, Britain dan Perancis adalah lima anggota majlis tetap, yang semuanya mempunyai kuasa veto. Sepuluh anggota majlis tidak tetap, masing-masing dipilih selama dua tahun,…

Read More

Reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung

PETALING JAYA 7 Jun – Mahkamah Majistret hari ini membenarkan permohonan sambung reman selama enam hari terhadap ibu bapa kepada Zayn Rayyan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu. Majistret Ainaa Muhamad Kamal membenarkan tempoh reman yang sepatutnya tamat hari ini disambung sehingga 12 Jun ini. Pada 1 Jun lalu, Ainaa mengeluarkan perintah reman tujuh hari selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu . Kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) direman…

Read More

Aidiladha di Saudi 16 Jun

RIYADH: Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan bulan Zulhijjah bermula hari ini yang menandakan ibadah haji akan bermula pada 8 Zulhijjah atau 14 Jun dan berakhir pada 12 Zulhijjah (18 Jun). Portal berita Arab News melaporkan kemuncak haji iaitu hari Arafah, akan berlangsung pada 15 Jun. Umat Islam di Arab Saudi yang tidak menunaikan haji akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 16 Jun ketika jemaah haji menyempurnakan Rukun Islam kelima.

Read More

Ribut petir dijangka hingga Jumaat

PUTRAJAYA 7 Jun – Ribut petir dan hujan lebat terutamanya pada sebelah petang dijangka berlaku di kebanyakan negeri mulai hari ini hingga Ahad. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang mengeluarkan amaran itu menjangkakan ribut petir dan hujan lebat di Perlis dan Kedah membabitkan daerah di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu. METMalaysia turut meramalkan ribut petir dan hujan lebat di sekitar Pulau Pinang serta Perak di daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama. Cuaca buruk turut menjejaskan Sarawak iaitu di Kuching (Bau dan Kuching), Sibu (Selangau),…

Read More

PA sedia wujud kepemimpinan bersatu

BAGHDAD: Pihak Berkuasa Palestin (PA) bersedia mewujudkan semula kepemimpinan Palestin yang bersatu selepas perang Gaza, kata Perdana Menteri Palestin, Mohammed Mustafa. “Kami bersedia sebagai rakyat Palestin untuk memikul tanggungjawab kami dari hari selepas (perang Gaza berakhir) untuk membantu… memulihkan perpaduan rakyat dan kepemimpinan Palestin. “Kita juga perlu bersedia dengan baik untuk mewujudkan sebuah negara (Palestin) bersama tanggungjawab yang ada,” kata Mustafa pada sidang media bersama Menteri Luar Iraq, Fuad Hussein. Kenyataan Mustafa itu dibuat selepas beberapa hari Sepanyol, Ireland, Norway dan Slovenia mengiktiraf negara Palestin. Kepemimpinan Palestin berpecah sejak 2007, dengan…

Read More

Sekolah tempat berlindung diserang

GAZA: Israel mengebom satu daripada sekolah di Gaza tanpa memberikan amaran awal kepada ribuan pelarian yang berlindung di sana, kata  Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini. “Sebuah lagi sekolah UNRWA yang kini menjadi tempat penduduk berlindung diserang. “Menyerang, menyasarkan atau menggunakan bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk tujuan ketenteraan bermakna mengabaikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa secara terang-terangan,” tulis Lazzarini menerusi platform media sosial X. Beliau menambah, UNRWA ‘berkongsi koordinat semua kemudahannya (termasuk sekolah terbabit) dengan tentera Israel dan pihak lain dalam konflik itu.…

Read More