BAGHDAD: Pihak Berkuasa Palestin (PA) bersedia mewujudkan semula kepemimpinan Palestin yang bersatu selepas perang Gaza, kata Perdana Menteri Palestin, Mohammed Mustafa.
“Kami bersedia sebagai rakyat Palestin untuk memikul tanggungjawab kami dari hari selepas (perang Gaza berakhir) untuk membantu… memulihkan perpaduan rakyat dan kepemimpinan Palestin.
“Kita juga perlu bersedia dengan baik untuk mewujudkan sebuah negara (Palestin) bersama tanggungjawab yang ada,” kata Mustafa pada sidang media bersama Menteri Luar Iraq, Fuad Hussein.
Kenyataan Mustafa itu dibuat selepas beberapa hari Sepanyol, Ireland, Norway dan Slovenia mengiktiraf negara Palestin.
Kepemimpinan Palestin berpecah sejak 2007, dengan PA yang diketuai Mahmud Abbas memegang kuasa terhad di Tebing Barat yang diduduki, manakala kumpulan Hamas mengawal Gaza.
Pada Mac lalu, Amerika Syarikat, berkata PA yang “dihidupkan semula” boleh membantu menstabilkan Tebing Barat dan Gaza, sekali gus menolak tanggapan Netanyahu yang menuduh PA menyokong dan membiayai keganasan.
