Indonesia rancang tubuh hospital lapangan di Gaza

JAKARTA 7 Jun – Presiden Joko Widodo merancang untuk menghantar kakitangan perubatan ke Gaza dan menubuhkan hospital lapangan sementara untuk membantu rakyat Palestin yang cedera akibat serangan tentera Israel.

Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto memaklumkan hasrat Jokowi itu selepas beliau bertemu presiden di Istana Negara di Jakarta.

Perjumpaan itu adalah bagi melaporkan penyertaan Prabowo baru-baru ini dalam dialog antarabangsa di Singapura, di mana beliau mendedahkan keazaman Indonesia untuk memberikan lebih banyak bantuan kemanusiaan kepada Palestin.

Prabowo melaporkan kepada presiden mengenai keadaan semasa di Gaza, dan beliau mengarahkan saya untuk menubuhkan hospital lapangan dan menghantar kakitangan perubatan kami ke Gaza.

Prabowo berkata Indonesia akan bekerjasama dengan negara-negara di Timur Tengah, terutamanya Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

Menurut Prabowo,  Indonesia akan bekerjasama dengan negara-negara di Timur Tengah, terutamanya Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

Dalam pertemuan itu, Jokowi turut mengarahkannya menghadiri sidang kemuncak di Jordan, membincangkan konflik di Gaza dan melawat Arab Saudi.

Prabowo akan dilantik sebagai presiden pada 20 Oktober, menggantikan Jokowi, yang anaknya, Gibran Rakabuming Raka, akan berkhidmat sebagai naib presiden.

Semasa seminar di Singapura hujung minggu lalu, Prabowo berkata Indonesia bersedia menghantar pasukan pengaman di bawah bendera Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) ke Gaza.

Pada masa sama, Indonesia akan mempersiapkan briged empat batalion selaku pasukan pengaman ke Gaza jika menerima mandat PBB selain memindahkan sehingga 1,000 pesakit untuk rawatan perubatan di Indonesia.

Panglima Angkatan Pertahanan Indonesia (TNI), Jeneral Agus Subiyanto, berkata empat batalion itu terdiri daripada Batalion Sokongan, Batalion Kesihatan, Batalion Jurutera dan Batalion Bekalan dengan keanggotaan mencecah 1,212 orang.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment