Aidiladha di Saudi 16 Jun

RIYADH: Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan bulan Zulhijjah bermula hari ini yang menandakan ibadah haji akan bermula pada 8 Zulhijjah atau 14 Jun dan berakhir pada 12 Zulhijjah (18 Jun).

Portal berita Arab News melaporkan kemuncak haji iaitu hari Arafah, akan berlangsung pada 15 Jun.

Umat Islam di Arab Saudi yang tidak menunaikan haji akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 16 Jun ketika jemaah haji menyempurnakan Rukun Islam kelima.

Related posts

Leave a Comment