Singapura tarik balik produk Malaysia

SINGAPURA 20 Mei –  Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan supaya Nuget Ikan Bibik’s Choice keluaran Malaysia ditarik balik.p daripada pasaran.

Tindakan itu disebabkan oleh satu alahan yang tidak diisytiharkan pada bungkusan makanan beku itu seperti diarahkan oleh pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan, SFA memaklumkan produk berkenaan mengandungi telur yang disifatkan sebagai bahan alahan.

Walaupun telur tidak dianggap sebagai isu keselamatan bagi kebanyakan pengguna, ia boleh menyebabkan alahan kepada sesetengah orang yang sensitif terhadapnya.

“Mereka yang mengalami tindak balas alahan selepas makan produk itu dinasihati berjumpa doktor jika mereka mempunyai sebarang keprihatinan kesihatan,” kata kenyataan itu.

Related posts

Leave a Comment