Waris mangsa pokok tumbang dapat FOT

SHAH ALAM 10 Mei – Waris keluarga Md Rizal Atan, 47, pemandu yang maut dalam insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur 7 Mei lalu,  layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata semakan Skuad Perkeso Prihatin mengesahkan bahawa Md Rizal, adalah pencarum bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 1 Januari 1995. Susulan itu, balu Allahyarham iaitu Norpahidah Mat Zaman, bakal menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) berjumlah RM3,400 sepanjang hayat. Manakala empat anaknya masing-masing berumur antara 3…

Read More

Azam Baki junjung kasih kepada Agong

PUTRAJAYA 10 Mei – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam Baki, menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di atas perkenan baginda melantiknya semula ke jawatan itu berkuat kuasa Ahad ini. Beliau yang dilantik semula untuk tempoh setahun lagi, akan menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh amanah. “Saya akan terus memastikan amanah ini dilaksanakan sepenuhnya dan menjalankan tanggungjawab terbabit dengan penuh integriti,” katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, menerusi kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Pelantikan…

Read More

Keputusan SPM kekal diumumkan 27 Mei

NIBONG TEBAL  10 Mei – Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kata Menterinya, Fadhlina Sidek. Beliau berkata pemilihan tarikh itu tidak akan menjejaskan perancangan cuti guru, sebaliknya bagi memastikan pelajar lepasan SPM mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT). “Guru-guru yang telah merancang percutian teruskan bercuti kerana ia tidak ada masalah, apatah lagi keputusan ini boleh diperoleh secara dalam talian. Bagi anak-anak yang memerlukan (jauh dari sekolah mereka) boleh mendapatkannya dalam talian atau boleh pergi…

Read More

Kerajaan rawat jika vaksin ada kesan sampingan

BALING 10 Mei – Kerajaan memberi jaminan akan bertanggungjawab merawat penerima vaksin Covid-19 termasuk jenis AstraZeneca jika terbukti mengalami kesan sampingan akibat vaksin berkenaan. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kerajaan turut akan bertanggungjawab terhadap penerima vaksin daripada firma farmaseutikal lain seperti Pfizer-BioNTech dan Sinovac, jika terbukti menghadapi kesan sampingan. Beliau berkata, kerajaan memiliki semua data berkaitan kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin Covid-19 “AstraZeneca telah memanggil (tarik balik) vaksin mereka dan ini adalah (fenomena) global, apa yang kita mahu pastikan adalah kalau ada sesiapa yang ada…

Read More

Azam Baki sambung tugas setahun lagi

PUTRAJAYA 10 Mei – Tempoh perkhidmatan Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi berkuat kuasa Ahad ini, 12 Mei 2024. Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan semula Azam diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. “Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 12 Mei 2024,” katanya menerusi kenyataan hari ini. Mohd Zuki berkata, pelantikan itu juga selaras dengan subseksyen 5(1) dan…

Read More

UNGA undi pengiktirafan Palestin

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  (UNGA) akan mengundi hari ini berhubung resolusi menuntut pengiktirafan Palestin sebagai negara anggota penuh badan dunia itu. Ketika ini, Palestin memegang status negara pemerhati tetap, status yang diberikan oleh UNGA pada 2012 dan undian yang melibatkan 193 negara anggota itu dijadualkan kira-kira pukul 10 pagi waktu New York (10 malam waktu Malaysia). Pembantu Menteri Luar Palestin untuk PBB dan agensinya, Omar Awadallah, memaklumkan bahawa Palestin memenuhi syarat-syarat untuk penerimaan keahlian yang dinyatakan dalam Artikel 4 Piagam PBB. Bagaimanapun resolusi itu perlu mendapatkan undi dua…

Read More

Mesyuarat terakhir Kabinet Lee Hsien Loong

SINGAPURA 10 Mei – Perdana Menteri Lee Hsien Loong mempengerusikan mesyuarat terakhir Kabinetnya semalam menjelang peralihan tampuk kepemimpinan negara itu yang dijadualkan pada 15 Mei ini. Dalam catatan di Facebooknya semalam, Lee berkata, mulai minggu hadapan Lawrence Wong yang ketika ini Timbalannya dan Menteri Kewangan akan memimpin mesyuarat Kabinet. “Kami mengadakan mesyuarat Kabinat setiap minggu selama 20 tahun, termasuk ketika pandemik, di mana kami bertemu secara online. Mesyuarat sedemikian adalah platform penting untuk membincangkan isu-isu negara, dasar penting, dan isu yang menjejas kehidupan kita semua. Ia adalah satu penghormatan untuk…

Read More