Terengganu tidak dipinggirkan – PM

KUALA NERUS 9 Mei –  Kerajaan Perpaduan tidak meminggirkan Terengganu hanya kerana negeri itu ditadbir oleh parti politik berbeza, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata komitmen itu dibuktikan dengan pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan bagi memastikan kepentingan rakyat tidak terabai di negeri terbabit. “Tapi saya nak tegaskan di sini tolonglah menolak sesetengah tohmahan bahawa kita tidak berikan pertimbangan (bantuan) walaupun kerajaan negeri itu dipimpin oleh parti yang lain (pembangkang). Betul ada sedikit perbezaan (ideologi) tetapi dalam soal program untuk rakyat dasar kita (dan) keputusan kita projek-projek untuk membela nasib rakyat…

Read More

Surat terbuka Bersih, 58 CSO, individu kepada PM

SEPANG 9 Mei  – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bersama 58 pertubuhan masyarakat sivil (CSO) serta orang perseorangan menggesa Anwar Ibrahim supaya mengumumkan pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu dengan segera. Menerusi surat terbuka kepada Perdana Menteri itu, Bersih berkata, ini kerana dua ahli pesuruhjaya SPR di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan dilantik tanpa melalui Parlimen yang jelas melanggar manifesto Pakatan Harapan (PH) mahupun Barisan Nasional (BN). Dua pelantikan itu adalah Sapdin ibrahim dan Dr Lee Bee Phang Menurut Bersih, perkara tersebut tidak patut berulang lebih-lebih lagi dalam…

Read More

Perlawanan Sumbangsih batal, JDT dapat 3 mata

KUALA LUMPUR 9 Mei – Perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang dijadualkan esok, Jumaat, 10 Mei 2024 di Stadium Sultan Ibrahim dibatalkan selepas Selangor FC memutuskan untuk tidak hadir ke perlawanan itu. Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memberitahu, ia sekaligus  menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super (LS1). “Perkara-perkara lain juga berkenaan penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya,” kata MFL. Sebelum ini, skuad…

Read More

Perbaharui silibus tidak relevan

ISKANDAR PUTERI 9 Mei – Tunku Mahkota Ismail menitahkan supaya silibus mata pelajaran sekolah yang sudah tidak lagi relevan, diperbaharui berikutan pendidikan berkualiti adalah asas kemajuan dan penting bagi penyelesaian pelbagai isu. Pemangku Sultan Johor itu bertitah, Kerajaan Persekutuan perlu mengambil langkah lebih proaktif bagi meningkatkan kualiti sistem dan fasiliti pendidikan negara. Tunku Mahkota Ismail bertitah, baginda sering menekankan kepentingan pendidikan berkualiti kepada bangsa Johor kerana ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada generasi akan datang. “Satu perubahan penting yang perlu dilaksanakan adalah dengan memperbaharui silibus mata pelajaran yang…

Read More

AstraZeneca : KKM akan keluar kenyataan

KUALA LUMPUR 9 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan kenyataan mengenai AstraZeneca dalam waktu terdekat, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Justeru beliau berharap semua pihak dapat bersabar menanti perkembangan terbaharu mengenainya. “Kita akan mengeluarkan kenyataan berkaitan AstraZeneca dalam waktu terdekat, harap bersabar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Clinical Research Malaysia (CRM) Trial Connect 2024 di sini, hari ini. Semalam, syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca dilaporkan menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia. Menurut laporan itu, vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat itu…

Read More

Laporan Akhir nahas helikopter siap 29 Mei

SEPANG 9 Mei – Lembaga Siasatan yang ditubuhkan bagi menyiasat insiden dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut baru-baru ini meneliti dua aspek dalam usaha mengenal pasti punca atau faktor yang menyumbang kepada tragedi yang mengorbankan 10 nyawa itu. Aspek pertama menganalisis semua profil penerbangan pada hari kejadian, dengan melakukan simulasi menggunakan simulator penerbangan dan pesawat sebenar,  kedua mendapatkan bantuan dan pandangan daripada Airbus Helicopter sekiranya terdapat data  pada peralatan pesawat Fennec yang dapat membantu siasatan. TLDM dalam kenyataan hari ini berkata, Lembaga Siasatan akan…

Read More

Menyamar pegawai NSRC, rugi RM6.8 juta

KUALA LUMPUR 9 Mei – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, membuka 49 kertas siasatan melibatkan kes penyamaran sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak 1 Januari sehingga 30 April lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf berkata, nilai kerugian pula adalah lebih RM6.8 juta. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, NSRC adalah pusat panggilan yang berperanan menyelaras tindakan pantas terhadap penipuan dalam talian terutamanya mengesan wang yang dipindahkan. Bagaimanapun kewujudan NSRC ini telah dimanipulasi oleh sindiket penipuan menerusi penyamaran sebagai pegawai pusat ini…

Read More

Sultan Selangor perkenan pendirian Selangor FC

SEPANG 9 Mei – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 10 Mei ini. Menerusi satu kenyataan hari ini, Sultan Sharafuddin yang juga penaung Selangor FC turut menzahirkan rasa kecewa kerana Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak permohonan skuad Gergasi Merah supaya menangguhkan perlawanan berkenaan. Menurut baginda, susulan beberapa insiden mengancam nyawa yang melibatkan pemain termasuk Faisal Halim dan pegawai baru-baru ini, adalah bertepatan…

Read More

Surat status 7 wakil rakyat Bersatu minggu depan

HULU SELANGOR 9 Mei –  Surat berkaitan status keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu yang menyokong pentadbiran Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor akan dihantar minggu hadapan. Setiausaha Agung Bersatu,  Hamzah Zainudin, berkata surat berkenaan akan dihantar secara serentak kepada semua wakil rakyat berkenaan, sejurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu selesai. Ketua Pembangkang itu berkata, Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman yang menjadi antara wakil rakyat terawal menyokong pentadbiran Anwar Ibrahim akan menjadi orang pertama menerima surat itu.…

Read More