Kadar kebolehjangkitan naik 0.99

PUTRAJAYA 11 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan meningkat semula semalam selepas menunjukkan trend menurun selama beberapa minggu.

Pada Jumaat, nilai itu berada pada kadar 0.99 berbanding 0.97 pada hari sebelumnya.

Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Sarawak dengan kadar tertinggi iaitu 1.15.

Ini diikuti Terengganu 1.10, Perlis 1.06, Perak 1.05, Pulau Pinang 1.04, Johor 1.04, Kelantan 1.03 dan Pahang 1.03.

Sementara itu tujuh negeri mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu

Kedah 0.97, Putrajaya 0.96, Sabah 0.93, Melaka 0.92, Selangor 0.83, Negeri Sembilan 0.82 dan Kuala Lumpur 0.80.

Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok pula hanya mencatatkan enam kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment