YAN 5 Mei – “Baik pun salah, tak baik pun salah,” kata Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor susulan sikap segelintir netizen yang mempersendakan permohonan maafnya pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI di Jitra, malam tadi. Beliau yang kecewa dengan sikap itu menyifatkan warganet yang gemar mengkritik kebaikan yang dilakukan orang lain itu mewarisi sifat syaitan, sedangkan ucapan maaf itu adalah ikhlas dari lubuk hatinya sebagai manusia biasa. “Kalau jumpa di mana-mana pun, orang lebih tua pada saya, macam itulah gaya saya, saya bukan berlakon, saya jadi diri saya yang sebenar.…
Read MoreDay: May 5, 2024
Perak setuju bekal air ke Pulau Pinang
TANJONG 5 Mei – Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Beliau berkata perkara itu dipersetujui Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. “… kita menerima berita baik kerana Tuanku Sultan Nazrin dan kerajaan negeri, Menteri Besar Datuk Seri Saarani bersetuju untuk menyediakan bekalan air dari Sungai Perak dan mengalir melalui industri hijau Kerian dan sekurang-kurangnya ke Seberang Perai. Fasa pertama akan sampai ke Seberang Perai termasuk Nibong…
Read MoreBelum ada keputusan isu subsidi bahan api
PERMATANG PAUH 5 Mei – Tidak beretika! Itu reaksi Anwar Ibrahim berhubung laporan media antarabangsa yang mendakwa kononnya kerajaan akan mengurangkan subsidi bahan api menjelang bulan depan. Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri. “Saya dapati kebelakangan ini, mungkin kerana pendirian kita dalam isu-isu politik yang tegas, maka ada media antarabangsa yang terus menyerang dari segi berita-berita yang negatif, umpamanya kasino. Ia tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah sampai pada maklumat saya, tetapi dijadikan…
Read MoreBerita pilihan….
Penduduk mahu masuk Makkah perlu permit
JEDDAH: Selepas melancarkan kad jemaah haji Nusuk bagi mengawal jemaah tanpa permit, pihak berkuasa Arab Saudi memperkenalkan langkah baharu bagi mengurangkan jumlah individu yang mengerjakan haji secara tidak sah. Menurut kenyataan Direktorat Umum Keselamatan Awam Kerajaan, peraturan baharu mulai Sabtu memerlukan ‘penduduk yang ingin memasuki Makkah mendapatkan permit daripada pihak berkuasa yang berkaitan’. Kenyataan itu menegaskan, anggota keselamatan Arab Saudi di pusat pemeriksaan keselamatan menuju ke Makkah akan menghalang kemasukan mana-mana individu tanpa permit yang sepatutnya. Langkah baharu berkenaan diambil sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengawal aliran jemaah haji…
Read MoreIsrael terus serang Gaza
GAZA: Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung, menyebabkan sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu. Menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu pada Sabtu, tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai dan ramai yang terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat menyelamatkan mereka. Israel ternyata mengingkari keputusan sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza. Sejak 7 Oktober lalu,…
Read More