GAZA : Kementerian Kesihatan Semenanjung Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 33 lagi rakyat Palestin terbunuh, manakala 57 cedera dalam tempoh 24 jam, ketika Israel meneruskan serangan ke atas wilayah itu semalam..
Dalam satu kenyataan, kementerian itu memberitahu, pendudukan Israel melakukan empat pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza, menyebabkan 33 mati syahid dan 57 cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat menghampiri mereka.
Melanggar keputusan sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ),
Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang mana sekurang-kurangnya 34,568 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan 77,765 cedera sejak 7 Oktober lalu.
Sebelum ini, di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Israel didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai dan mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan itu dan mengambil langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.
