Month: April 2024
Gempa bumi 6.5 di pulau Jawa
JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) melaporkan gempa bumi magnitud 6.5 melanda pantai pulau Jawa di Indonesia semalam, Sabtu. Gempa itu, yang direkodkan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pada magnitud 6.1, dirasai di ibu kota Jakarta – di mana orang ramai terpaksa mengosongkan bangunan – dan di Bandung yang berdekatan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan menurut BMKG dan USGS melaporkan gempa bumi berlaku pada kedalaman 68.3 kilometer (km). Indonesia, sebuah negara kepulauan yang luas, sering mengalami gempa bumi susulan kedudukannya di ‘Lingkaran Api’ Pasifik, lengkok aktiviti seismik yang aktif…
Read MoreIraq siasat pembunuhan bintang TikTok
BAGHDAD: Sebuah jawatankuasa siasatan khas’ ditubuhkan bagi menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama Iraq yang ditembak oleh penunggang motosikal bersenjata di hadapan rumahnya di tengah Baghdad. Pempengaruh media sosial itu, Ghufran Sawadi, atau lebih dikenali sebagai Umm Fahad, ditembak mati di luar rumahnya di ibu kota Iraq pada Jumaat malam. Menurut lapor media antarabangsa, seorang pegawai keselamatan berkata, penyerang itu melepaskan tembakan ke arah Umm Fahad selepas mangsa meletakkan kereta Cadillac yang dipandunya di hadapan rumah. Sejurus melepaskan tembakan, suspek merampas telefon bimbit Umm Fahad dan segera melarikan diri dari…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 28.04.2024
Wanita lintas jalan akibatkan nahas direman
KUANTAN 27 April – Seorang wanita berusia 35 tahun yang memberhentikan kenderaan dipandunya sebelum melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur semalam direman dua hari. Bernama melaporkan, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata penumpang kenderaan wanita terbabit iaitu seorang lelaki warga China berusia 37 tahun turut direman tiga hari bagi membantu siasatan. “Kedua-dua mereka direman bermula hari ini bagi siasatan lanjut susulan kes kemalangan yang melibatkan seorang lelaki maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.…
Read MorePRK: SPRM buka bilik gerakan
PUTRAJAYA 27 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. Bilik gerakan yang beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 11 Mei itu akan ditempatkan di SPRM Selangor di Shah Alam, Selangor. SPRM dalam kenyataan berkata, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada prk2024_sel@sprm.gov.my atau menghubungi talian 03-5524 8318 atau 03-5525 6500. SPRM…
Read MoreSaingan 4 penjuru PRK Kuala Kubu Bharu
HULU SELANGOR 27 April – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan tiga calon mewakili parti politik dan seorang calon Bebas. Selepas penamaan calon ditutup pukul 10 pagi, Pegawai Pengurus PRK DUN Kuala Kubu Bharu Yuhanas Auree Kamaruddin mengumumkan tiga calon mewakili parti iaitu Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). PH meletakkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao mewakili Kerajaan Perpaduan, manakala pemangku Ketua Bahagian BERSATU Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut…
Read MorePN yakin mampu menangi PRK KKB
HULU SELANGOR: Perikatan Nasional (PN) yakin calonnya mampu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 11 Mei ini, kata Pengerusinya Muhyiddin Yassin. Beliau berkata calonnya Khairul Azhari Saut dari Bersatu yang dipertaruhkan sebagai calon adalah pemimpin anak tempatan yang berpengalaman luas serta dekat dengan masyarakat. “Walaupun Selangor dipimpin Kerajaan Perpaduan tetapi kita minta pengundi Kuala Kubu Bharu memberi peluang kepada kita supaya suara yang lebih lantang dibawa ke dalam sidang DUN bagi mengetengahkan pelbagai isu dan masalah yang berkait rakyat tempatan. Banyak…
Read MoreSebarang visa boleh lakukan umrah
JEDDAH 27 April – Individu yang memegang pelbagai jenis visa yang tiba dari mana sahaja dibenarkan untuk menunaikan ibadah umrah dan ziarah kecil. Kementerian Haji dan Umrah dalam catatan X memaklumkan ibadah umrah boleh diakses oleh pemegang semua visa, termasuk peribadi, keluarga, transit, buruh dan e-visa. Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, kerajaan Arab Saudi memperkenalkan pelbagai kemudahan untuk umat Islam dari luar untuk datang ke negara itu bagi menunaikan umrah. Inisiatif itu bertujuan untuk menampung berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia yang menunaikan umrah, terutama mereka yang mungkin tidak…
Read MoreTiba masa BN balas jasa PH
HULU SELANGOR 27 April – Masa untuk Barisan Nasional (BN) membalas jasa Pakatan Harapan (PH), khususnya PKR, Amanah dan DAP yang telah membantu calon UMNO pada beberapa siri pilihan raya sebelum ini. Begitu kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang akan turut ditandingi calon PH dari DAP Pang Sock Tao pada pengundian 11 Mei ini. Katanya PKR, Amanah dan DAP telah mendukung dan memberi sokongan kepada calon UMNO pada siri PRK DUN Tioman, DUN Pelangai dan Parlimen Kemaman.…
Read More