Month: April 2024
Strok haba: Elak aktiviti luar bangunan
BANGKOK: Sekurang-kurangnya 30 orang maut dari Mac hingga April tahun ini di Thailand akibat strok haba, berbanding 37 kematian dari Mac hingga Jun tahun lalu. demikian menurut Kementerian Kesihatan. Jurucakap Jabatan Kawalan Penyakit daripada Kementerian Kesihatan Awam, Dr Veerawat Manosutthi dalam satu kenyataan, berkata kematian tahun ini membabitkan kumpulan berisiko tinggi daripada golongan tua dan kanak-kanak yang lebih muda serta bayi. Justeru golongan kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan supaya mengelak daripada terbabit dalam aktiviti di luar bangunan. Menurut laporan media, suhu di ibu negara, Bangkok mencecah lebih 40 darjah Celcius…
Read MoreRouh akhirnya syahid bersama keluarga
RAFAH: Bayi perempuan yang dilahirkan dari rahim ibunya yang hampir mati di hospital Gaza susulan serangan udara Israel, meninggal dunia pada Khamis selepas hanya beberapa hari hidup. Ibunya, Sabreen Al-Sakani, cedera parah apabila serangan Israel mengenai kediaman keluarganya di Rafah, bandar paling selatan di Semenanjung Gaza yang dikepung, pada malam Sabtu. Suaminya, Shukri dan anak perempuan mereka, Malak yang berusia tiga tahun turut terbunuh. Sabreen, yang hamil 30 minggu, dikejarkan ke Hospital Emirati di Rafah dan meninggal dunia akibat lukanya, tetapi doktor sempat menyelamatkan bayi itu, melahirkannya menerusi pembedahan. Bagaimanapun,…
Read MoreMenyamar pilot Singapore Airlines
SINGAPURA: Seorang lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi kerana menyamar sebagai juruterbang Singapore Airlines, selepas dia ditemui berjalan di sekitar lapangan terbang dengan berpakaian lengkap juruterbang. Menurut laporan The Straits Times, Sangeet Singh, 24, dikesan memakai seragam juruterbang tentera laut dan mempunyai kad pengenalan (ID) Singapore Airlines palsu di lehernya yang memberinya akses kepada operasi dalam penerbangan. Selepas disoal siasat dan diperiksa oleh pegawai dari Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat, ID Singh didapati palsu. Dia dikatakan membuat ID palsu menerusi aplikasi dalam talian, Business Card Maker dan membeli pakaian…
Read MoreMedia Hari Ini Sabtu 27.04.2024
Penjenayah rasuah licik, berpengetahuan
KUALA LUMPUR 26 April – Penjenayah rasuah kini semakin licik dan berpengetahuan dalam mengatasi kelemahan undang-undang sedia ada, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki. Katanya, era dunia tanpa sempadan dan perkembangan pesat teknologi maklumat menyebabkan tugas membanteras rasuah yang merupakan jenayah yang ‘unik’sifatnya semakin mencabar dan bertambah kompleks. Justeru SPRM turut bergantung kepada media bagi memastikan segala informasi dan mesej anti-rasuah sampai ke setiap lapisan masyarakat di negara ini. “Namun, elakkanlah laporan berat sebelah atau memanipulasi sesuatu isu, kerana sama ada media konvensional atau digital, prinsipnya…
Read MoreZahid, Muhyiddin selesai saman fitnah
KUALA LUMPUR 26 April – Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah membabitkan mereka. Dalam catatan Facebook masing-masing hari ini, Muhyiddin dan Ahmad Zahid bersetuju menyelesaikan pertikaian peribadi itu selepas mengambil kira saranan daripada Hakim Mahkamah Tinggi serta keadaan semasa negara terutamanya soal kelangsungan hidup rakyat. “YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dan YB Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Mohd Yassin bersetuju dan mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka dan prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman…
Read MoreKasino : Anwar saran ambil tindakan
SEPANG 26 April – Mana-mana pihak yang dikaitkan dalam laporan sebuah agensi berita asing yang mendakwa kerajaan merancang mengeluarkan lesen pengoperasian kasino di Forest City, Johor, perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap agensi berita itu, kata Anwar Ibrahim. “Mereka yang disentuh (dalam laporan itu) perlu mengambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Pusat Muktamar Islam Malaysia Airlines (MAB), di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan meminta agensi berita berkenaan menarik balik laporan mereka, atau mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita berpangkalan…
Read MoreKhabar angin kasino ada unsur sabotaj
JOHOR BAHRU 26 April – Kerajaan Johor menegaskan tiada kasino akan dibuka atau beroperasi di negeri ini seperti tular di media sosial dan berharap isu terbabit tidak lagi dipanjang dan dimomokkan. Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, berkata khabar angin kononnya kasino bakal dibuka di Forest City boleh menjejaskan kerukunan, nama baik Johor dan negara serta keharmonian masyarakat pelbagai kaum. Hakikatnya kata Onn Hafiz dalam satu kenyataan hari ini, sejarah Johor jelas membuktikan bahawa sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim lagi, tiga kasino di negeri ini sudahpun ditutup. “Yang…
Read MoreBERSIH persoal Rumah Terbuka di kawasan PRK
SEPANG 26 April – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mempersoalkan lokasi dan masa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Negeri Selangor di kawasan Pilihan Raya Kecil PRK Dewan Undangan Kuala Kubu Bharu. Jawatankuasa Pemandu BERSIH dalam kenyataannya berkata, penetapan lokasi dan masa penganjuran majlis berkenaan adalah tindakan yang tidak mengikut peraturan kerana ia akan berlangsung di kawasan PRK. BERSIH mengingatkan Kerajaan Negeri Selangor bahawa penganjuran rumah terbuka Aidilfitri itu boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. “Berdasarkan risalah program itu yang kami terima, pelbagai aktiviti…
Read More