228,760 ruang solat Aidilfitri di Singapura

SINGAPURA 9 April – Bagi menampung keperluan jemaah pada Hari Raya Aidilfitri ini, lapan daripada 68 masjid akan mengadakan tiga sesi solat hari raya sekaligus menyediakan 228,760 ruang kepada masyarakat Islam.

Lapan masjid itu, Masjid Khadijah! Masjid Al-Mawaddah! Masjid Haji Mohd Salleh(Geylang), Masjid Abdul Gafoor! Masjid Angullia, Masjid Al-Khair! Masjid Ar-Raudhah dan Masjid Assyakirin.

Solat Aidilfitri sesi pertama akan bermula pada pukul 7.20 pagi diikuti 8.45 pagi dan 9.45 pagi.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), sebanyak 41 masjid pula menyediakan dua sesi solat iaitu 7.20 pagi dan 8.45 pagi manakala 19 masjid mengadakan satu sesi sama ada pada pukul 7.20 pagi atau 8.45 pagi.

Lebih banyak ruang solat juga disediakan di 34 lokasi tambahan yang dikendalikan kumpulan-kumpulan Qaryah masjid manakala pusat rekreasi bagi pekerja asing di Tuas South, Penjuru dan Terusan juga mengadakan dua sesi solat.

(Foto FB Masjid Sultan Singapura)

Nnn

Related posts

Leave a Comment