KUALA LUMPUR 4 April – World #QuranHour yang memasuki tahun kesembilan penganjurannya berlangsung di Masjid Negara hari ini serentak dengan 5,193 lokasi seluruh Malaysia.
Berlangsung selana satu jam bermula pukul 12 tengah hari, ia turut diadakan di lapan lokasi di enam negara lain, iaitu Singapura, Brunei, Indonesia, Bangladesh, Thailand dan Arab Saudi.
Di Masjid Negara, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, berangkat hadir dan mengambil bahagian dalam program itu yang bertemakan “Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial”.
Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Pada kali ini, World #QuranHour mengangkat surah Al-Jumu’ah, yang bermaksud Jumaat untuk kempennya kali ini, bersempena hari perkumpulan umat Islam setiap minggu, yang juga bermaksud perhimpunan.
Zulkifli ketika ditemui berkata, pemilihan surah Al-Jumu’ah amat bertepatan dengan situasi yang berlaku dalam masyarakat hari ini.
“Surah ini mengajak semua untuk mengambil pengajaran daripadanya. Dalam konteks hari ini, ia memberi makna begitu besar kepada kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.
“Al-Jumu’ah boleh menjadi tema untuk kita memupuk perpaduan dan keharmonian, dengan gabungan ulama, umara dan ummah menjadi pemacu dan paksinya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff, berkata panduan daripada surah Al-Jumu’ah adalah model bagi membina kesatuan dan transformasi sosial ummah yang kuat dan jitu.
“Inilah kerangka fikir yang dibawa dalam surah ini, yang ingin dipasakkan dalam diri pemimpin, agamawan dan ummah secara keseluruhannya.
“Kita mahu masyarakat di seluruh dunia berubah dengan al-Quran. Golongan ulama dan pemimpin diharap bergabung untuk membimbing ummah,” katanya.
World #QuranHour disiarkan secara langsung di enam stesen televisyen tempatan, termasuk TV9.
Selain bacaan surah Al-Jumu’ah oleh peserta yang hadir, program turut diisi dengan sesi ceramah, bacaan reso
