PORT DICKSON: Kupang yang diperoleh dari perairan Port Dickson khususnya di Kampung Telok dan Sungai Sekawang di Pasir Panjang di sini dicemari biotoksin dan tidak selamat dimakan. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) yang mengesahkan demikian berkata, keputusan itu berdasarkan analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur. Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, analisis pada kupang di perairan Port Dickson juga mendapati terdapat alga berbahaya iaitu spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia “Jabatan akan meneruskan pemantauan berterusan dengan melakukan pengujian secara berkala mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan…
Read MoreDay: April 4, 2024
Tahun kesembilan World #QuranHour
KUALA LUMPUR 4 April – World #QuranHour yang memasuki tahun kesembilan penganjurannya berlangsung di Masjid Negara hari ini serentak dengan 5,193 lokasi seluruh Malaysia. Berlangsung selana satu jam bermula pukul 12 tengah hari, ia turut diadakan di lapan lokasi di enam negara lain, iaitu Singapura, Brunei, Indonesia, Bangladesh, Thailand dan Arab Saudi. Di Masjid Negara, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, berangkat hadir dan mengambil bahagian dalam program itu yang bertemakan “Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial”. Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…
Read MorePRK Kuala Kubu Baharu 11 Mei
PUTRAJAYA 4 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 27 April. Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, berkata hari pengundian awal pula pada 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 27 April 2024 sehingga pukul 11.59 malam, 10 Mei 2024. Bercakap pada sidang media di sini, Abdul Ghani berkata, pelaksanaan PRK Kuala Kubu Baharu memerlukan peruntukan RM2.5 juta. PRK ini membabitkan…
Read MorePM terima kunjungan Prabowo
PUTRAJAYA 4 April – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto di Perdana Putra di sini. Ini adalah lawatan pertama Prabowo ke negara ini selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029. “Momen ini kami gunakan untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat mengenai karier masing-masing dan hala tuju seterusnya dalam merapatkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia,” kata Anwar dalam kenyataan, hari ini. Anwar berkata, perjalanan karier politik beliau dan Probowo hampir sama apabila diuji dengan pelbagai cabaran…
Read MoreBerita pilihan…
23 terima watikah pelantikan ahli MAIWP
KUALA LUMPUR 4 April – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 23 Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi sesi 2024-2026. Istiadat berlangsung di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara petang semalam yang disusuli Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat ke majlis berbuka puasa bersama pelajar institusi pendidikan MAIWP, anak-anak asnaf, kepimpinan MAIWP serta wakil-wakil agensi agama. Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer mendahului senarai penerima watikah diikuti Timbalannya Datuk Hakimah Mohd Yusoff. Turut menerima watikah pelantikan Ahli MAIWP ialah Datuk Awang…
Read More3 kawasan alami gelombang haba
SEPANG 4 April – Tiga kawasan iaitu Jeli dan Gua Musang di Kelantan serta Temerloh, di Pahang masing-masing merekodkan cuaca panas tahap dua atau gelombang haba setakat pukul 4.30 petang semalam. Menurut laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), terdapat 20 kawasan di Semenanjung dan masing-masing dua kawasan di Sabah dan Sarawak yang merekodkan suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga. Kawasan berkenaan ialah seluruh Perlis, Padang Terap dan Baling di Kedah, Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Tampin dan Jelebu (Negeri Sembilan), Jerantut, Bera, Raub, Lipis, Maran, Pekan dan Bentong (Pahang),…
Read More