Junjung kasih titah Agong, Tunku Mahkota

KUALA LUMPUR 19 Mac – Pemuda UMNO menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berhubung isu kalimah ‘Allah’ serta memastikan ia tidak berulang lagi. Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata beliau serta kepemimpinan pergerakan itu bersetuju isu berkenaan tidak boleh dipandang remeh dan tindakan tegas perlu diambil. “Di kala keadaan berada dalam kecelaruan, rakyat khususnya umat Islam, berduka cita atas insiden berkenaan. Oleh demikian, titah Yang di-Pertuan Agong dan Tunku Mahkota Ismail amat…

Read More

“Saya bukan patung untuk disembah”

KUALA LUMPUR 19 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bertitah bahawa baginda memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara. “Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak Menteri. “Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan saya memegang tampuk Ketua Negara. Apabila habis tempoh “bulan madu” ini…, saya akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar,” titah Seri Paduka. Baginda bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun…

Read More

Agong murka stoking kalimah Allah

KUALA LUMPUR 19 Mac – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan sarung kaki (stoking) yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka. Seri Paduka Baginda bertitah, sewaktu berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Parlimen bulan lalu, baginda mengingatkan semua lapisan masyarakat supaya menjaga keharmonian negara dan tidak memainkan isu sensitif melibatkan agama, kaum dan Raja-Raja. Justeru, Seri Paduka Baginda bertitah  mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini berdasarkan siasatan pihak berkuasa. “Kalimah Allah…

Read More

Kuota baharu dijangka kurangkan masa menunggu

KUALA LUMPUR 19 Mac – Tempoh menunggu menunaikan haji dijangka dapat dipendekkan pada masa akan datang, apabila kerajaan Arab Saudi meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang 2030 berbanding dua juta pada waktu ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, bagaimanapun berkata,, ia juga bergantung keputusan pihak Kerajaan Arab Saudi meluluskan kuota haji tahunan untuk setiap negara termasuk Malaysia. Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. Kuota rasmi negara…

Read More

Ambil tindakan tegas isu kalimah Allah

JOHOR BAHRU 19 Mac – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap isu kalimah Allah bagi memastikan isu seperti itu tidak berulang lagi. Titah baginda, kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam. “Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu terbabit dan memastikannya tidak akan berulang lagi. Isu ini tidak boleh dipandang remeh, saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara,” titah baginda dalam akaun Facebook…

Read More

945 siswa lakukan kesalahan akademik

KUALA LUMPUR 19 Mac – Seramai 945 pelajar dituduh di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi kesalahan akademik seperti meniru dan membawa nota semasa peperiksaan sejak 2018 hingga tahun lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata, di bawah akta yang sama, jumlah pelajar yang melakukan kesalahan bagi kategori bukan akademik pula adalah seramai 1,049 orang. “Kesalahan bukan akademik terbahagi kepada beberapa kategori kesalahan seperti kes dadah, sosial atau moral, kesalahan berkaitan media sosial, buli, bergaduh, mencuri dan lain-lain,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab…

Read More

Israel tidak peduli perintah ICJ

BANDARAYA GAZA: Israel terus mengingkari perintah sementara yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dengan terus menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu. Sekurang-kurangnya 81 warga Palestin maut dan 116 lagi cedera dalam 24 jam lepas berikutan serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza “Tentera Israel melakukan lapan pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza, menyebabkan 81 gugur syahid dan 116 cedera dalam tempoh 24 jam lalu,” kata Kementerian Kesihatan Gaza. Katanya , ramai yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di atas jalan kerana anggota penyelamat tidak dapat sampai…

Read More

193 juta dijangka mudik kampung

JAKARTA: Menjelang sambutan Aidilfitri bulan depan, Kementerian Perhubungan Indonesia (Pengangkutan) menjangkakan seramai 193 juta rakyat negara itu akan ‘mudik’ atau balik kampung. Menurut Detik.com, data berkenaan diperoleh hasil tinjauan Agensi Dasar Pengangkutan (BKT) kementerian. di mana terdapat trend peningkatan pergerakan rakyat pada Aidilfitri ini, iaitu 71.7 peratus daripada jumlah penduduk Daripada angka ini, sebanyak 14.6 peratus atau 28.4 juta penduduk adalah dari Jakarta-Bogor-Depok-Tangerang-Bekasi, yaitu sebuah kawasan metropolitan Jakarta dan sekitarnya. Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi, berkata,  tahun ini jumlah mereka yang pulang ke kampung meningkat, berbanding 123 juta orang tahun…

Read More