Israel tidak peduli perintah ICJ

BANDARAYA GAZA: Israel terus mengingkari perintah sementara yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dengan terus menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Sekurang-kurangnya 81 warga Palestin maut dan 116 lagi cedera dalam 24 jam lepas berikutan serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza

“Tentera Israel melakukan lapan pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza, menyebabkan 81 gugur syahid dan 116 cedera dalam tempoh 24 jam lalu,” kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Katanya , ramai yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di atas jalan kerana anggota penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka..

Mengingkari perintah sementara yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Israel terus menyerang Semenanjung Gaza dengan sekurang-kurangnya 31,726 rakyat Palestin maut, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta 73,792 cedera sejak 7 Oktober, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Nn

Related posts

Leave a Comment