Guna ‘hijau’ elak keliru ‘biru’

ALOR SETAR 2 Sept. – Cadangan Pas untuk menggunakan logo sendiri di Terengganu, Kelantan dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah bagi mengelakkan pengundi keliru dengan warna biru.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor.berkata, cadangan itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan datang.

.“Tujuannya kami tidak mahu pengundi keliru dengan warna biru,” katanya selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) ke-63 sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 di sini.

Sebelum ini di Konvensyen PN, perwakilan dari Terengganu dan Kedah mencadangkan lambang PAS dapat digunakan di negeri berkenaan pada PRU15.

Perwakilan tersebut berkata perkara itu perlu dipertimbang mengambil kira senario politik di pantai timur berbeza berbanding peringkat Persekutuan.

Bagaimanapun Muhammad Sanusi berkata ia terpulang kepada keputusan mesyuarat yang akan diadakan nanti.

Related posts

Leave a Comment