193 juta dijangka mudik kampung

JAKARTA: Menjelang sambutan Aidilfitri bulan depan, Kementerian Perhubungan Indonesia (Pengangkutan) menjangkakan seramai 193 juta rakyat negara itu akan ‘mudik’ atau balik kampung.

Menurut Detik.com, data berkenaan diperoleh hasil tinjauan Agensi Dasar Pengangkutan (BKT) kementerian. di mana terdapat trend peningkatan pergerakan rakyat pada Aidilfitri ini, iaitu 71.7 peratus daripada jumlah penduduk

Daripada angka ini, sebanyak 14.6 peratus atau 28.4 juta penduduk adalah dari Jakarta-Bogor-Depok-Tangerang-Bekasi, yaitu sebuah kawasan metropolitan Jakarta dan sekitarnya.

Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi, berkata,  tahun ini jumlah mereka yang pulang ke kampung meningkat, berbanding 123 juta orang tahun lalu.

Susulan itu, pihaknya sudah melakukan pelbagai persiapan supaya perjalanan pulang ke kampung lancar, antaranya mengeluarkan surat keputusan bersama (SKB) berhubung peraturan lalu lintas dan aliran semasa arus mudik dan pengangkutan pulang.

Related posts

Leave a Comment