KUALA LUMPUR 19 Mac – Seramai 945 pelajar dituduh di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi kesalahan akademik seperti meniru dan membawa nota semasa peperiksaan sejak 2018 hingga tahun lalu,
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata, di bawah akta yang sama, jumlah pelajar yang melakukan kesalahan bagi kategori bukan akademik pula adalah seramai 1,049 orang.
“Kesalahan bukan akademik terbahagi kepada beberapa kategori kesalahan seperti kes dadah, sosial atau moral, kesalahan berkaitan media sosial, buli, bergaduh, mencuri dan lain-lain,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub).
Dalam pads itu menjawab soalan Dr Shahidan Kasim (PN-Arau), beliau berkata, dakwaan berlaku lambakan pekerja asing di Malaysia adalah kurang tepat,
Beliau juga menjelaskan tenaga kerja mahir asing sedia ada bukan penyebab kepada pengangguran dalam kalangan graduan tempatan sebaliknya terdapat pelbagai faktor penyumbang lain seperti gaji rendah dan sikap memilih kerja.
Katanya, kerajaan komited dengan dasar untuk memberi keutamaan kepada penggajian pekerja tempatan dalam pasaran pekerjaan negara.
“Oleh demikian, jumlah pekerja asing yang digajikan dalam pasaran buruh negara masih di bawah 15 peratus seperti ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).” katanya.
Nnn
