Satu kes strok haba dirujuk ke ICU

PUTRAJAYA 15 Mac –  Sebanyak 23 kes strok haba termasuk satu kes dirujuk ke unit rawatan rapi (ICU) dilaporkan di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) sejak awal tahun ini sehingga Isnin lalu. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kes berkenaan dilaporkan di Kedah, Perak, Selangor, Sabah, Perlis dan Pahang manakala kes dirujuk ke ICU adalah di Langkawi. “Ada satu kes masuk ke ICU sehingga memerlukan bantuan pernafasan tetapi ia dapat diselamatkan sebab dia datang awal,” katanya pada sidang media selepas majlis Ops Kebersihan Dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan…

Read More

Lagi serangan ketika menunggu bantuan

GAZA: Dua serangan berasingan Israel di Semenanjung Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin terbunuh ketika menunggu bantuan kemanusiaan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, dalam kejadian pertama, lapan orang terbunuh dalam serangan udara ke atas pusat pengedaran bantuan di kem Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza. Ini diikuti , sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dan lebih 150 lagi cedera akibat tembakan Israel ke arah orang ramai yang menunggu trak bantuan di bulatan utara Gaza. Di Deir Al-Balah, juga di tengah Gaza, bedilan peluru berpandu Israel memusnahkan sebuah rumah, menyebabkan sembilan penghuninya terbunuh. Pengeboman…

Read More

Tutup pusat hiburan sepanjang Ramadan

BOGOR: Semua kelab malam, kelab karaoke dan pusat urut di bandar Jawa Barat, Indonesia diarah tutup sepanjang Ramadan sebagai tanda menghormati umat Islam yang berpuasa. Datuk Bandar Bogor, Dr Bima Arya Sugiarto berkata pentadbiran Bogor akan menguatkuasakan perintah itu sepanjang bulan puasa dengan mengerahkan rondaan melibatkan pegawai ketenteraman awam, kakitangan agensi berkaitan dan ketua mukim lain. Bogor turut bercadang untuk mendapatkan bantuan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Polis Negara bagi menguatkuasakan larangan itu. “Ini adalah tradisi tahunan dan kami mahu semua orang menghormatinya. Semua tempat hiburan malam harus ditutup. Tiada…

Read More