4.32 juta daftar PADU

PUTRAJAYA 12 Mac – Setakat semalam, sebanyak 4.32 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini data di sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menurut status dimuat naik di laman Facebook PADU Official, Selangor mendahului dengan merekodkan 650,000 individu diikuti Sarawak (570,000), Johor (410,000), Perak (390,000 juta), Sabah (360,000) dan Kedah (290,000).

Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan 280,000 orang, Pahang (240,000), Pulau Pinang (230,000), Terengganu (230,000), Negeri Sembilan (180,000), Melaka (120,000), Perlis (60,000).

Manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya (20,000) dan Wilayah Persekutuan Labuan (10,000).

Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini data diminta berbuat demikian sebelum sistem PADU ditutup pada 31 Mac ini.

Related posts

Leave a Comment