SINGAPURA 12 Mac – Mulai 19 Mac ini, pelawat yang tiba dan keluar dari Singapura dengan kereta melalui tempat pemeriksaan Woodlands dan Tuas boleh menggunakan kod respons pantas (kod QR) bagi menggantikan pasport untuk pelepasan imigresen. Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura dalam satu kenyataan hari ini berkata, kaedah itu lebih cepat dan mudah berbanding menghantar pasport mereka kepada pegawai ICA di kaunter kereta. Mereka hanya perlu mengimbas satu kod QR yang dikeluarkan sebelum tiba di pusat pemeriksaan, untuk semua pengembara di dalam kereta. Bagi menggunakan Kod QR untuk…
Read MoreDay: March 12, 2024
Elak bazir, berbuka di rumah, masjid
TANJONG 12 Mac – Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menunjukkan pembaziran makanan meningkat antara 15 hingga 20 peratus semasa Ramadan berbanding purata pada bulan-bulan lain. Katanya, tahun lalu sebanyak 90,000 tan makanan dibazirkan dan dibuang di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan. Justeru, Mohideen menggesa orang ramai tidak membazir makanan sepanjang Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan beribadat tetapi bagi sesetengah orang menjadikan bulan menjamu selera, boros dan membazir perbelanjaan. “Ada sesetengah orang makan dan minum begitu banyak sehingga menjadi malas dan mengabaikan untuk melakukan kewajipan solat mereka,” katanya dalam satu…
Read More4.32 juta daftar PADU
PUTRAJAYA 12 Mac – Setakat semalam, sebanyak 4.32 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini data di sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Menurut status dimuat naik di laman Facebook PADU Official, Selangor mendahului dengan merekodkan 650,000 individu diikuti Sarawak (570,000), Johor (410,000), Perak (390,000 juta), Sabah (360,000) dan Kedah (290,000). Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan 280,000 orang, Pahang (240,000), Pulau Pinang (230,000), Terengganu (230,000), Negeri Sembilan (180,000), Melaka (120,000), Perlis (60,000). Manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya (20,000) dan Wilayah Persekutuan Labuan (10,000). Mereka yang belum mendaftar dan mengemas…
Read MoreTahanan Imigresen: KDN sangkal dakwaan HRW
KUALA LUMPUR 12 Mac – Kerajaan membelanjakan RM123 juta bagi menguruskan 20 depoh tahanan imigresen seluruh negara tahun lalu, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail. Katanya, sebanyak RM80 juta lagi adalah bagi perbelanjaan makanan dan menanggung bayaran tiket feri dan kapal terbang apabila tahanan diusir. “Begitu sekali kita jaga tapi Human Rights Watch (HRW) kata kita seksa sampai berlaku kematian.,” katanya menjawab soalan asal Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. Katanya, akibat laporan itu, Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) sudah memanggil Kementerian Dalam…
Read MoreBerita pilihan…
Tun M masih terima rawatan di IJN
KUALA LUMPUR 12 Mac – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamed masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan yang dialami sejak Januari lalu. Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata kesihatan dirinya semakin pulih berkat doa yang diberikan serta usaha gigih doktor, jururawat dan kakitangan IJN. “Saya harap dalam masa terdekat dapatlah saya pulih semula seperti biasa dan dibenar pulang ke rumah. Setakat ini adakala saya dibenarkan pulang sekejap atau ‘home leave’ oleh pakar di sini, tapi tetap perlu bermalam di IJN. Saya ingin ambil peluang ini untuk ucap terima…
Read MoreSelamat berpuasa..
Prasarana tambah 30 minit waktu puncak
KUALA LUMPUR 12 Mac – Prasarana Berhad (Prasarana) membuat tambahan 30 minit operasi waktu puncak pagi dan petang bagi perkhidmatan rel (LRT, MRT dan KL Monorel) serta bas kendaliannya sepanjang Ramadan ini. Menurut Prasarana, perubahan waktu puncak ini bagi memudahkan perjalanan pengguna sepanjang Ramadan terutama bagi mereka yang menuju ke destinasi masing-masing untuk berbuka puasa. Katanya, operasi waktu puncak pagi akan bermula pukul 6.30 pagi hingga 9.30 pagi berbanding 7 pagi hingga 9.30 pagi sekarang manakala sebelah petang mulai pukul 4 petang hingga 8 malam berbanding 5 petang hingga 7.30…
Read More