Pasukan khas bantu pekerja Goodyear

KUALA LUMPUR: Satu pasukan khas ditubuhkan bagi membantu 550 pekerja yang akan terjejas susulan keputusan syarikat pengeluar tayar global, Goodyear menutup kilangnya di Shah Alam berkuat kuasa pada 30 Jun ini. Pasukan itu adalah inisiatif diterajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). MIDA dalam satu kenyataan berkata, pasukan itu akan membantu penempatan semula pekerja serta menawarkan program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) kepada pekerja terjejas. Menurut kenyataan itu, MIDA aktif bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso) serta Jabatan Tenaga Kerja melalui Pusat Pemudahcara…

Read More

MOTAC batal lesen Emraz mulai 11 Mac

PUTRAJAYA 8 Mac –  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat pengendali pakej umrah Emraz Travel & Tours Sdn Bhd, berkuat kuasa 11 Mac ini. Dalam satu kenyataan hari ini, MOTAC memaklumkan, pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). “Ini kerana syarikat berkenaan didapati melanggar syarat lesen dan peruntukan Akta 482 serta menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara,” kata kenyataan itu. Terdahulu, pada 8 Julai lalu, media melaporkan lesen Syarikat Emraz Travel…

Read More

Tiga kadar zakat fitrah Selangor

SHAH ALAM 8 Mac – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan kadarzakat fitrah di Selangor pada Ramadan tahun ini kekal seperti tahun sebelumnya iaitu pada kadar RM7, RM14 dan RM21 mengikut jenis beras yang dimakan. Dalam kenyataannya, LZS menjelaskan penetapan kadar itu berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam Selangor pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras. Kadar zakat fitrah ditetapkan RM7 untuk pengguna beras Super Special Tempatan lima peratus dan ia adalah kadar wajib minimum sebagaimana diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri…

Read More

Hannah jelaskan penampilan berselendang

SEPANG 8 Mac – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan penampilannya yang berselendang semasa di Melbourne Australia adalah untuk menghormati rakan-rakan Muslim di tempat-tempat suci mereka. Ahli Parlimen Segambut itu berkata, beliau tampil berselendang semasa mesyuarat bersama Universiti Monash sempena lawatan delegasi Anwar Ibrahim kerana sebelum itu melawat Kolej Al-Taqwa. sebuah sekolah Islam di Melbourne. “Ada yang bertanya mengapa saya memakai selendang dalam gambar yang diambil dengan Universiti Monash semasa lawatan kami ke Melbourne kerana ia bukan program keagamaan. “Pada pagi itu sebenarnya saya adalah salah seorang daripada delegasi…

Read More

Sistem makanan Gaza sedang dimusnah

GENEVA: Israel didakwa sedang memusnahkan sistem makanan Gaza sebagai sebahagian daripada pelaksanaan ‘kempen kebuluran’ secara lebih meluas dalam peperangannya dengan pejuang Hamas. Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Hak Terhadap Makanan, Michael Fakhri ketika mendedahkan perkara itu dalam ucapannya di hadapan Majlis Hak Asasi Manusia PBB, semalam, turut menyelar badan berkenaan yang didakwa tidak berusaha lebih keras untuk menangani isu terbabit. “Imej kebuluran di Gaza amat memeritkan sehingga tidak terperi, dan anda tiada melakukan apa-apa. “Israel sedang memusnahkan sistem makanan di Gaza. Israel telah meningkatkan kempen kebuluran ke atas…

Read More

Zulfikar Ali Bhutto tidak dapat keadilan

ISLAMABAD: Mahkamah Agung Pakistan memutuskan bekas Perdana Menteri Zulfikar Ali Bhutto, yang dihukum gantung 44 tahun lalu selepas disabitkan kesalahan membunuh, tidak mendapat perbicaraan yang adil. Pengasas Parti Rakyat Pakistan (PPP) itu yang kini dikendalikan cucunya dan bekas menteri luar negeri Bilawal Bhutto Zardari, dihukum gantung pada 1979 selepas perbicaraan di bawah rejim tentera, Jeneral Zia-ul-Haq. Ketua Hakim Negara Qazi Faez Isa dalam kenyataan yang disiarkan secara langsung berkata, pihaknya tidak mendapati perbicaraan yang adil dan keperluan proses yang sewajarnya dipenuhi. Katanya, keputusan itu dibuat secara sebulat suara membabitkan sembilan…

Read More