Dalam senarai bak kut teh, bukan ayam kut teh

SEPANG 1 Mac – Makanan warisan yang disenaraikan adalah “bak kut teh” bukannya seafood kut teh, ayam kut teh dan bak itu bermaksud daging yang secara khususnya untuk daging babi di dalam sebutan hokkien.

Demikian reaksi Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh terhadap kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC), Tiong King Sing yang mempertahankan ‘bak kut teh’ sebagai hidangan warisan negara.

Dalam kenyataan melalui Facebooknya hari ini, Dr Akmal berkata, ini bukan soal ada sembilan lagi makanan lain yang juga dimasukkan di dalam senarai makanan warisan negara ini.

“Tetapi apakah relevannya memasukkan makanan yang kebanyakan penyediaanya mempunyai unsur asas babi yang kita tahu sangat sensitif di kalangan majoriti penduduk Malaysia terutama umat Islam ke dalam senarai makanan warisan negara?,” katanya.

Semalam, King Sing menggesa Dr Akmal menghentikan politik ekstrem berbaur perkauman susulan pengiktirafan bak kut teh sebagai hidangan warisan negara.

King Sing juga mendakwa, ini bukan kali pertama Exco Kerajaan Negeri Melaka itu memainkan isu perkauman dan agama.

Dalam kenyataan di Facebooknya, beliau menjelaskan turut disenaraikan sebagai makanan warisan negara adalah Burasak, Mi Kolok, Nasi Ambeng, Dodol Kukus Tahi Minyak, Kuih Genggang/Kuih Lapis, Kuih Karas, Uthappam, Jeruk Tuhau, dan Air Katira.

Menurut King Sing, bak merujuk kepada daging, dan beliau sudah beberapa kali menekankan bahawa herba yang digunakan adalah halal dan jenis daging boleh bertukar.

“Kalau tambah ayam, ia akan menjadi chi kut teh, jika makanan laut maka ia seafood kut teh dan kambing akan jadi kambing kut teh,” kata King Sing.

Bagaimanapun Dr Akmal, dalam reaksinya itu mengakui memang bak kut teh boleh ditukar menjadi daging yang halal,tetapi adakah menteri berkenaan tahu berapa banyak bak kut teh yang dikatakan halal dan dijual di pasaran?

Jawapannya kata Dr Akmal, hampir semua bak kut teh yang dijual adalah mempunyai unsur daging babi.

Mengenai teguran King Sing supaya beliau tidak 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐭𝐚𝐮  𝐞𝐤𝐬𝐭𝐫𝐞𝐦𝐢𝐬, Dr Akmal bertanya:  Adakah kamu memberi maksud apabila kami bercakap mengenai perkara yang sensitif di hati orang Melayu khususnya dikatakan ektremis?

Jika begitu, yang ektremis adalah orang seperti kamu yang tidak tahu menjaga sensitiviti majoriti rakyat beragama Islam di negara ini. Ektremis dan bodoh!!!,”

Justeru Dr Akmal juga kekal dengan pendirian semalam supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  memecat orang seperti ini di dalam barisan Kabinet Malaysia.

Terdahulu, Dr Akmal berkata, menteri berkenaan gagal memikirkan sensitiviti rakyat di negara ini dan sudah tiba masanya Perdana Menteri mengambil tindakan sedemikian.

“Jika menteri tidak boleh nak berfikir sensitiviti rakyat Malaysia  dan apakah relevannya dalam membuat keputusan, sudah tiba masa kita mohon PMX, Anwar Ibrahim untuk pecat sahaja menteri,” katanya yang menimbul reaksi balas King Sing.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment