Discaj beri peluang pesakit kronik ke IJN

PUTRAJAYA 27 Feb. –  Tindakan Institut Jantung Negara (IJN) membenarkan pesakityang stabil dikeluarkan (discaj) adalah bagi membolehkan lebih ramai pesakit lain yang lebih kronik dirujuk dan mendapat rawatan di fasiliti berkenaan.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan pembiayaan tahunan Persekutuan yang diterima daripada Kementerian Kewangan bagi merujuk pesakit jantung ke lJN.

Justeru, bagi memastikan lebih ramai pesakit lain dirujuk ke lJN, pesakit sedia ada dibenarkan discaj apabila keadaan mereka sudah stabil sebelum mereka dirujuk ke pusat jantung KKM yang lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, KKM mempunyai tujuh hospital yang mempunyai Perkhidmatan Kardiologi dan tiga termasuk mempunyai Perkhidmatan Kardiotorasik.

“Pusat Jantung KKM juga diuruskan Pakar Kardiologi dan Pakar Bedah Kardiotorasik yang memiliki reputasi serta bertauliah. Paling penting, KKM akan terus memastikan penjagaan dan keselamatan pesakit termasuk pesara kerajaan tidak terjejas,” katanya.

Menurut Dr Dzulkefly, sejak sekian lama, KKM merujuk kes kompleks dan pesakit jantung kritikal ke IJN bagi mengurangkan kesesakan dan masa menunggu yang lama di pusat jantung KKM yang lain.

KKM sebelum ini menyangkal laporan mendakwa IJN kini dalam proses mengeluarkan semua pesakit dalam kalangan penjawat awam dan pesara berikutan langkah penjimatan kos kerajaan.

IJN hanya akan mengeluarkan pesakit yang stabil dengan tempoh pemantauan sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun bagi dewasa dan satu hingga dua tahun bagi kanak-kanak.

KKM berkata, pesakit yang stabil kemudian akan kembali kepada hospital KKM bagi penjagaan berterusan di jabatan kardiologi dankardiotoraks.

Pendekatan strategik ini membolehkan kira-kira 4,000 pesakit baharu dirujuk ke IJN setiap tahun, sekali gus memaksimumkan keberkesanan kos.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment