KUALA LUMPUR 27 Feb. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin menyifatkan slot yang diberikan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan Penerangan Menteri di Dewan Rakyat hari ini sebagai satu kejadian yang ‘luar biasa’. Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia sesuatu yang luar biasa kerana Usul Menjunjung Kasih kepada Yang di-Pertuan Agong telah dibentangkan dan disokong. “Kami berada dalam dewan di mana Speaker buat satu keputusan untuk membenarkan Perdana Menteri keluarkan satu kenyataan Penerangan Menteri. Ini agak luar biasa kerana Usul Menjunjung Kasih kepada Yang di-Pertuan Agong telah dibentangkan tadi…
Read MoreDay: February 27, 2024
Wakil rakyat pembangkang keluar dewan
KUALA LUMPUR 27 Feb. – Persidangan Dewan Rakyat kecoh pada hari pertama apabila ahli Parlimen pembangkang keluar dewan sebaik sesi sebelah petang bermula hari ini. Tindakan protes itu selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul berkeras membenarkan slot diberikan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bagi menyampaikan ucapan junjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong. Johari memberi kebenaran selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said bangkit mencadangkan ucapan oleh Perdana Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(j) Dewan Rakyat. Rata-rata pembangkang mempersoalkan keputusan Yang Dipertua itu dengan…
Read MoreHari pertama wakil rakyat pertama ‘dihukum’
KUALA LUMPUR 27 Feb. – Hari pertama, Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim menjadi wakil rakyat pertama yang diarah keluar dari Dewan Rakyat selama empat hari pada Persidangan Parlimen yang bermula semalam. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul turut mengarahkan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dari Pas itu digantung selama empat hari susulan kegagalan beliau mematuhi Peraturan Mesyuarat. Pada hari ini juga, hampir semua Ahli Parlimen blok pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat sebagai tanda protes selepas mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat. Protes itu susulan Johari…
Read MoreTonjol sifat negarawan, tidak berat sebelah
SEPANG 27 Feb. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersama barisan Kabinet perlu menonjolkan sifat negarawan dengan menghormati pilihan pengundi terutama di kawasan pembangkang, kata Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris. Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan juga tidak perlu mengugut dan ‘tarik tali’ kepada pembangkang demi kelangsungan hak lebih 33 juta rakyat. Justeru katanya, kerajaan tidak seharusnya berdolak dalik, wajib memberikan peruntukan pembangunan kawasan (CDF) secara adil kepada wakil rakyat termasuk Senator Dewan Negara tanpa syarat dan berat sebelah. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, peruntukan CDF sepatutnya diberi sebagai hak Ahli Parlimen tanpa…
Read MoreBersih kemuka tiga tuntutan Reformasi 100 Peratus
KUALA LUMPUR 27 Feb. – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengemukakan tiga tuntutan Reformasi 100 Peratus untuk mendesak kerajaan memenuhi tiga perkara utama yang dijadikan manifesto kempen pilihan raya Pakatan Harapan (PH). Tiga tuntutan itu adalah berkaitan kaedah pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditambah baik dengan melibatkan Jawatankuasa Parlimen, supaya semua pihak boleh membahaskannya secara demokratik dan inklusif, reformasi Akta Kesalahan Pilihan Raya, dan reformasi Parlimen. Bersih turut menuntut tiada lagi keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) oleh mahkamah terhadap mana-mana ahli politik yang sedang dibicarakan dengan kes…
Read MoreBuang sikap malas dan lalai – Sultan Selangor
SHAH ALAM 27 Feb. – Penjawat awam di negeri ini dinasihatkan supaya membuang sikap malas dan lalai sebaliknya melakukan anjakan paradigma dalam setiap tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika menasihatkan demikian juga menitahkan agar kerenah birokrasi dan peraturan yang menyusahkan dalam urusan-urusan kerajaan dapat dikurangkan segera. Baginda bertitah, perlu ada rasa untuk menyegerakan dan bertindak segera dalam memastikan perkhidmatan berkaitan rakyat diselesaikan dengan pantas dan sempurna. “Beta tidak mahu sikap lalai dan malas terus diamalkan oleh penjawat awam sehingga menyebabkan banyak projek…
Read MoreBersedia mendepani perubahan iklim
SHAH ALAM 27 Feb. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya negeri bersedia mendepani cabaran perubahan iklim seperti musim kemarau dan menggesa rakyat menggunakan air harian secara cermat dan berhemah. Baginda yang bersyukur kerana Selangor dilimpahi kemakmuran dan mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi untuk kegunaan rakyat mengingatkan tentang kewajaran membuat persediaan menghadapi cabaran perubahan iklim itu. “Tahap kesedaran terhadap penggunaan air secara berhemah masih rendah hingga menyebabkan kadar penggunaan domestik yang tinggi dianggarkan sebanyak 215 liter seorang sehari,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan…
Read MoreDiscaj beri peluang pesakit kronik ke IJN
PUTRAJAYA 27 Feb. – Tindakan Institut Jantung Negara (IJN) membenarkan pesakityang stabil dikeluarkan (discaj) adalah bagi membolehkan lebih ramai pesakit lain yang lebih kronik dirujuk dan mendapat rawatan di fasiliti berkenaan. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan pembiayaan tahunan Persekutuan yang diterima daripada Kementerian Kewangan bagi merujuk pesakit jantung ke lJN. Justeru, bagi memastikan lebih ramai pesakit lain dirujuk ke lJN, pesakit sedia ada dibenarkan discaj apabila keadaan mereka sudah stabil sebelum mereka dirujuk ke pusat jantung KKM yang lain. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau…
Read MoreBerita pilihan…
Hantar kapal kemanusiaan ke Gaza
KUALA LUMPUR 27 Feb. – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa badan antarabangsa melaksanakan tekanan secara global untuk memasuki Gaza, Palestin dengan menghantar sekumpulan kapal membawa bantuan kemanusiaan. Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata gerakan dengan kapal flotila melalui Laut Mediterranean dilihat sebagai satu sahaja laluan untuk ke Gaza. “Semua kerajaan yang meminta supaya dilaksanakan gencatan senjata tidak seharusnya teragak-agak menyertai langkah terakhir ini untuk menyelamatkan Gaza daripada pembunuhan beramai-ramai. Tekanan antarabangsa perlu dilakukan bersungguh-sungguh untuk memaksa sekatan di Gaza dibuka dan penyaluran bantuan harus dilanjutkan dengan serta-merta,”…
Read More