31,000 tentera Ukraine terbunuh

KYIV: Sebanyak 31,000 tentera Ukraine terbunuh dalam perang negara itu menentang Russia sejak dua tahun lalu, kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.

Pada forum ‘Ukraine. Year 2024’ semalam, beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah yang cedera, bagi mengelak pendedahan itu akan membantu perancangan ketenteraan Russia.

“Bukan 300,000 atau 150,000, atau apa sahaja yang dikatakan (Presiden Russia Vladimir) Putin dan kalangan pembohongnya. Tetapi setiap kematian (anggota tentera) adalah satu kehilangan besar bagi kami,” katanya.

Ini kali pertama Kyiv mengesahkan jumlah kematian anggota tenteranya sejak Moscow melancarkan operasi ketenteraan khas ke atas negara itu pada 24 Februari 2022.

Dalam pada itu Zelenskyy berkata puluhan ribu orang awam terbunuh di kawasan yang diduduki di Ukraine, tetapi tiada angka yang pada masa ini.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment