KUALA LUMPUR 26 Feb. – Pas mengajak semua pihak untuk mengetepikan perbezaan politik sebaliknya saling bekerjasama, dalam usaha membina negara ke arah yang lebih baik, kata Naib Presidennya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,. Menteri Besar Terengganu itu turut mengingatkan semua pihak supaya kurang berpolitik serta menghormati kedudukan dan peranan negeri dalam Persekutuan Malaysia. “Ya, kita harus ketepikan sengketa politik kerana politik adalah satu kaedah untuk mencapai ke Dewan Rakyat atau Dewan Negara. “Namun, yang penting adalah semua pihak perlu bekerjasama dan mengurangkan politik, termasuk menghormati kedudukan dan peranan negeri dalam Persekutuan…
Read MoreDay: February 26, 2024
Titah Sultan Ibrahim di Parlimen
TITAH DIRAJA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVII SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim, Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad, semulia-mulia Rasul, serta keluarga dan para sahabatnya sekalian. Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Ahli-Ahli Dewan Negara dan Ahli-Ahli Dewan Rakyat, saudara saudari yang Saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur Saya kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya dapat Saya…
Read MoreTidak layan gugat kestabilan politik
KUALA LUMPUR 26 Feb. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim tidak akan melayan mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara. Justeru, baginda menitahkan agar semua pihak menerima menghormati pembentukan Kerajaan Perpaduan yang mentadbir negara ketika ini. Bagi yang hendak bermain politik, baginda memberi amaran supaya mereka menunggu peluang itu untuk bersaing pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. “Ingin saya tegaskan di sini, saya tidak akan melayan sebagai permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara. Semua pihak mestilah menerima dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.…
Read MoreBerganding bahu bangunkan negara
KUALA LUMPUR 26 Feb. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan Ahli Parlimen sama ada blok kerajaan mahupun pembangkang berganding bahu dan bekerjasama untuk membangunkan negara demi kepentingan rakyat Maaysia. Baginda menegaskan bahawa sebarang kegagalan ataupun kejayaan bukan terletak di bahu Perdana Menteri sahaja malah semua 222 Ahli Parlimen yang diamanahkan oleh rakyat perlu sama memikul tanggungjawab itu. Ini kerana, baginda menegaskan bahawa itu menjadi amanah dan tanggungjawab semua Ahli Parlimen untuk membangunkan negara ini. “Di mata saya, kejayaan atau kegagalan negara ini bukan terletak di bahu Perdana Menteri sahaja,…
Read MoreBerita pilihan…
Tel Aviv dijangka serah laporan langkah genosid
THE HAGUE: Tel Aviv dijangka menyerahkan laporan mengenai langkah diambil bagi menghalang pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Gaza seperti diarahkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Tempoh arahan hampir tamat, selepas The Hague menuntut Tel Aviv mengambil langkah mencegah tindakan genosid di bawah Konvensyen Genosid 1948, pada 26 Januari lalu. Walaupun arahan sudah dikeluarkan, sebanyak 3,523 lagi rakyat Palestin terbunuh oleh serangan Israel di Gaza sejak 26 Januari, menjadikan jumlah kematian hampir 30,000 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sejak 7 Oktober lalu. Tel Aviv, yang menafikan tuduhan genosid dalam kes yang difailkan Afrika…
Read More31,000 tentera Ukraine terbunuh
KYIV: Sebanyak 31,000 tentera Ukraine terbunuh dalam perang negara itu menentang Russia sejak dua tahun lalu, kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy. Pada forum ‘Ukraine. Year 2024’ semalam, beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah yang cedera, bagi mengelak pendedahan itu akan membantu perancangan ketenteraan Russia. “Bukan 300,000 atau 150,000, atau apa sahaja yang dikatakan (Presiden Russia Vladimir) Putin dan kalangan pembohongnya. Tetapi setiap kematian (anggota tentera) adalah satu kehilangan besar bagi kami,” katanya. Ini kali pertama Kyiv mengesahkan jumlah kematian anggota tenteranya sejak Moscow melancarkan operasi ketenteraan khas ke atas negara itu…
Read More