Festival Seni Al-Quran sasar 100,000 pengunjung

PUTRAJAYA 15 Feb. – Festival Seni Al-Quran Restu Global di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, di sini yang akan bermula dari 23 Februari hingga 3 Mac ini dijangka menarik 100,000 pengunjung berbanding 60,000 orang pada tahun lepas.

Pengarah Komunikasi Korporat Yayasan Restu, Norashikin Abdul Latiff berkata, sasaran festival edisi kedua itu juga mahu menarik bukan Islam hadir supaya aktiviti seumpama ini juga boleh menjadi satu daripada medium dakwah.

Festival 10 hari itu akan dibuka secara percuma mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja, manakala pada hujung minggu orang ramai boleh hadir bermula 9 pagi hingga 9 malam.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik disusun dan antara yang bakal menjadi tarikan utama adalah replika jubah Nabi Adam setinggi 60 hasta.

Beliau memberitahu, festival kali ini bukan sahaja tertumpu kepada aspek kesenian al-Quran seperti kaligrafi dan kecantikan seni khat, tetapi juga kepada aspek lain termasuk makanan sunah dan seni bela diri yang ada kaitan dengan al-Quran.

Norashikin berkata turut disediakan ialah pelbagai aktiviti untuk pengunjung seperti penulisan kaligrafi, kemudahan gerai pameran dan jualan, forum, kursus solat jenazah dan forensik solat.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment