Akur titah Sultan Selangor

PUTRAJAYA 15 Feb. – Semua pihak diseru akur titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata semua pihak juga diminta  bertenang serta tidak melakukan apa-apa provokasi yang boleh mengundang kepada keresahan awam. Katanya, Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam sentiasa diberikan ruang sepenuhnya untuk mengkaji isu berkaitan kompetensi DUN dan bidang…

Read More

PN anjur persidangan meja bulat

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Perikatan Nasional (PN) akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat membabitkan pakar perlembagaan dan perundangan Islam, ulamak dan ilmuwan Islam bagi mencadangkan tindakan susulan memperkasakan kedudukan perundangan syariah khususnya dan kepentingan umat Islam amnya. Pengerusinya,  Muhyiddin Yassin, berkata, selain Persidangan Meja Bulat yang akan diketuai Idris Ahmad, bagi tujuan yang sama, PN juga mewujudkan Jawatankuasa Khas Teknikal dan Dokumentasi Undang-undang yang dipengerusikan oleh  Takiyuddin Hassan. Katanya, keputusan itu diputuskan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikannya semalam susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun…

Read More

Kekalkan Menteri Agama bukan ahli politik

PUTRAJAYA 15 Feb. –  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap, amalan melantik Menteri Agama dalam kalangan bukan ahli politik dapat diteruskan demi memastikan isu-isu berkaitan hal ehwal agama Islam tidak dijadikan bahan politik. Titah baginda, pada masa yang sama tumpuan sepenuhnya dapat diberikan oleh Menteri Agama di dalam menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan umat Islam. “Beta menyarankan juga kelayakan akademik berasaskan ijazah Pendidikan Islam perlu dijadikan sebagai kriteria utama di dalam melantik seorang Menteri Agama,” titah baginda pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali…

Read More

Umat Islam perlu elak perbalahan secara terbuka

PUTRAJAYA 15 Feb. – Masyarakat Islam terutama golongan ulama dan ilmuan perlu mengelakkan perbalahan secara terbuka dalam perkara-perkara yang boleh diselesaikan dengan bermesyuwarah dan tertutup. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, mereka juga perlu sentiasa memelihara adab dalam memberi sesuatu pandangan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ummah. Titah baginda, perbezaan pendapat perlu diraikan manakala perbezaan pandangan tersebut perlu diselesaikan secara ilmiah, berhemah serta melalui saluran yang betul. “Rakyat terutama umat Islam sentiasa melihat dan memandang tinggi kepada ilmuan islam dan alim ulama dan sentiasa mengharapkan sesuatu ketetapan berkaitan sesuatu…

Read More

Jejantas ditutup 4 tahun lalu dibuka semula

PADANG BESAR 15 Feb. – Jejantas yang menghubungkan Stesen Kereta Api Padang Besar ke Kompleks Imigresen, Kastam, Keselamatan dan Kuarantin (ICQS) Padang Besar, kini dibuka semula selepas hampir empat tahun ditutup. Jejantas pejalan kaki sepanjang 350 meter itu ditutup pada 1 September 2020 atas faktor keselamatan selepas beberapa siri penangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba bolos ke negara ini menggunakan jejantas sehingga kawasan ICQs. Penutupan juga untuk memberi laluan kepada kerja naik taraf koridor pejalan kaki yang disambungkan dengan jejantas berkenaan untuk keluar dari Kompleks ICQs menuju Bulatan…

Read More

Festival Seni Al-Quran sasar 100,000 pengunjung

PUTRAJAYA 15 Feb. – Festival Seni Al-Quran Restu Global di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, di sini yang akan bermula dari 23 Februari hingga 3 Mac ini dijangka menarik 100,000 pengunjung berbanding 60,000 orang pada tahun lepas. Pengarah Komunikasi Korporat Yayasan Restu, Norashikin Abdul Latiff berkata, sasaran festival edisi kedua itu juga mahu menarik bukan Islam hadir supaya aktiviti seumpama ini juga boleh menjadi satu daripada medium dakwah. Festival 10 hari itu akan dibuka secara percuma mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja, manakala pada hujung minggu…

Read More