KUALA LUMPUR 13 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamed dimasukkan ke Instititut Jantung Negara (IJN) di sini, untuk rawatan jangkitan yang dihidapinya. Menurut kenyataan yang dikeluarkan jurucakap beliau hari ini, bekas Ahli Parlimen Langkawi berusia 98 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu. Tun (Dr Mahathir) sedang menerima rawatan untuk jangkitan di IJN, disusuli dengan tempoh berehat untuk pemulihan yang optimum,” kata jurucakap itu menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini seperti dilaporkan Bernama. Terdahulu hari ini, pendengaran kes saman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…
Read MoreDay: February 13, 2024
Operasi selesai, dua mayat dikeluarkan
KLANG 13 Feb. – Polis Selangor mengesahkan juruterbang dan pembantu juruterbang terkorban dalam nahas pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar tengah hari tadi. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata mayat kedua-dua mangsa lelaki warga tempatan ditemui di bahagian kokpit yang terbenam lebih dua meter dalam tanah. Mayat dua mangsa berkenaan dikeluarkan dari lokasi nahas jam 8.10 malam tadi dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. “Mangsa yang terbabit adalah Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan Roshaan Singh…
Read MoreDua mangsa dalam kokpit terbenam
KAPAR 13 Feb. – Dua mangsa korban nahas udara yang berlaku di Kampung Tok Muda, Kapar disahkan berada dalam kokpit pesawat yang terbenam kira-kira dua meter. Ketua Polis Negeri Selangor Datuk Hussein Wan Omar berkata, kedua-dua mangsa tersebut berusia antara 30 hingga 40 tahun, yang sedang menjalani latihan penerbangan rekreasi. “Ketika ini pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan kedua-dua mangsa, yang kita percaya telah terkorban. “Kedua-dua mangsa (kemudian) akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk proses bedah siasat, dan pengecaman sebelum diserahkan kepada ahli keluarga,” katanya kepada media. Mangsa…
Read MoreStesen akhir LRT di Penang Sentral
IBUKIT MERTAJAM 13 Feb. – Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang yang sebelum itu dilaporkan akan berakhir di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) akan dihubungkan sehingga Penang Sentral, hab pengangkutan di Seberang Perai. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata jajaran baharu itu didedahkan pihak Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu perbincangan diadakan baru-baru ini. “Cadangan asal jajaran adalah berhenti pada stesen Komtar, namun MRT Corp mahu ia dibawa hingga ke Penang Sentral di bahagian Seberang Perai. Ia (projek ini) sekali gus akan merentasi laut dan…
Read MoreDr Zaini Ujang kembali ke KPT
PUTRAJAYA 13 Feb. – Dr Zaini Ujang kembali semula ke Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai Ketua Setiausaha (KSU) selepas pertama kali dilantik ke jawatan itu pada 2013 hingga 2016. KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Zaini, 59, pernah berkhidmat sebagai KSU di Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Alam Sekitar dan Air dan terakhir di Kementerian Kesihatan sebelum lantikan baharu itu. Berikutan lantikan itu Zaini diberi taklimat berkenaan pencapaian, hala tuju dan pengoperasian KPT. Sebelum mendengar taklimat berkenaan pencapaian, hala tuju dan pengoperasian KPT, Zaini turut bertemu dengan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk…
Read MoreDua mangsa dalam pesawat terhempas
KLANG 13 Feb. – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang dalam pesawat yang terhemoas di Kampung Tok Muda, Kapar di sini, tengah hari tadi. Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Norazman Mahmud, bagaimanapun berkata, keadaan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini. “CAAM mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC terhempas dekat Kapar, Selangor, hari ini. Pesawat berkenaan yang dikendalikan Air Adventure Flying Club berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 1.28 tengah…
Read MorePeningkatan harga simen dan besi
PUTRAJAYA 13 Feb. – Indeks harga seunit bagi bahan seperti besi dan simen bagi kebanyakkan kawasan Semenanjung, Sabah dan Sarawak menunjukkan peningkatan pada Januari lalu, berbanding tahun sebelumnya. Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata Indeks harga seunit besi merekodkan peningkatan antara 0.4 hingga 3.3 peratus bagi kebanyakan kawasan dan tertinggi dilaporkan di Perak dengan 3.3 peratus. Ini diikuti oleh Pahang dengan 0.8 peratus dan masing-masing 0.6 peratus di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Kuching. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, harga seunit simen pula mencatatkan sedikit peningkatan antara 0.7…
Read MoreNorlizah digugur, Aznan Exco baharu Johor
JOHOR BAHRU 13 Feb. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Johor dalam penstrukturan semula portfolio bagi tahun 2024 hingga 2027. Beliau menggantikan ADUN Johor Lama, Norlizah Noh yang digugurkan sebagai Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri. Istiadat Pelantikan Exco Kerajaan Johor yang baharu itu berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, berkata pelantikan dan penstukturan semula portfolio Exco Kerajaan Negeri itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong,…
Read MorePendawaian elektrik punca kebakaran
KUALA LUMPUR 13 Feb. – Masalah pendawaian elektrik yang berlaku di unit tiga di tingkat 17 Flat Sri Sabah pada hujung minggu lalu disahkan sebagai punca kebakaran, bukannya berpunca daripada bunga api. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur Muhammad Salleh Abdul berkata, punca kebakaran itu dikenal pasti hasil siasatan oleh bahagian forensik JBPM Kuala Lumpur. “JBPM telah kenal pasti punca kebakaran bermula di unit nombor 3. Difahamkan semasa kebakaran unit tersebut tertutup (pintu). Dan makluman awal seperti yang dikongsikan oleh orang awam berkenaan punca kebakaran disebabkan oleh bunga…
Read More