Dua mangsa dalam pesawat terhempas

KLANG 13 Feb. – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang dalam pesawat yang terhemoas di Kampung Tok Muda, Kapar di sini, tengah hari tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Norazman Mahmud, bagaimanapun berkata, keadaan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini.

“CAAM mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC terhempas dekat Kapar, Selangor, hari ini.

Pesawat berkenaan yang dikendalikan Air Adventure Flying Club berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 1.28 tengah hari tadi bagi penerbangan rekreasi.

“Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada jam 1.35 tengah hari, namun tiada panggilan kecemasan diterima,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Susulan itu, Norazman berkata, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta-merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.

Terdahulu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Muda, Kapar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.56 tengah hari tadi.

“Kita sampai di lokasi kejadian dan mengesahkan pesawat ringan jenis ‘Air Craft Aviation Safety Technology’ itu terhempas dan terbakar.

“Kerja mencari mangsa sedang dijalankan dan jumlah mangsa masih belum diketahui,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment