Pendawaian elektrik punca kebakaran

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Masalah pendawaian elektrik yang berlaku di unit tiga di tingkat 17 Flat Sri Sabah pada hujung minggu lalu disahkan sebagai punca kebakaran, bukannya berpunca daripada bunga api.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur Muhammad Salleh Abdul berkata, punca kebakaran itu dikenal pasti hasil siasatan oleh bahagian forensik  JBPM Kuala Lumpur.

“JBPM telah kenal pasti punca kebakaran bermula di unit nombor 3. Difahamkan semasa kebakaran unit tersebut tertutup (pintu).

Dan makluman awal seperti yang dikongsikan oleh orang awam berkenaan punca kebakaran disebabkan oleh bunga api adalah tidak benar, kata beliau ketika ditemui media di Sekolah Kebangsaan Sri Cheras, di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya masih lagi meakukan pelbagai ujian bagi mengukuhkan punca kebakaran itu.

“Buat masa sekarang, kami percaya 95 peratus punca kebakaran disebabkan pendawaian elektrik dan kita masih lagi dalam proses untuk mengesahkan selanjutnya,” katanya .

Muhammad Salleh berkata, jumlah kerugian akibat kebakaran itu juga masih belum ditentukan.

Beliau juga memaklumkan, sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan dalam masa terdekat untuk melakukan pemeriksaan di kesemua flat kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  (DBKL)

“Kita akan tubuhkan satu pasukan taskforce untuk periksa seluruh flat bandaraya (DBKL)… kita akan buat segera, kita akan tubuh, buat siasatan dan cadangan yang perlu untuk mempertingkat sistem-sistem untuk kediaman sebegini,” tambahnya lagi.

Sementara itu, kesemua 16 mangsa kebakaran di tingkat 17, Blok 70 Flat Sri Sabah akan ditempatkan di rumah transit di Flat Sri Johor, Cheras pada Khamis ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

berkata kesemua mangsa daripada lima keluarga itu dibenarkan mendiami rumah transit berkenaan untuk tempoh enam bulan hingga tiga tahun.

“Kita benarkan duduk di rumah transit itu selama enam bulan bagi mereka yang mempunyai rumah sendiri, manakala bagi yang menyewa dibenarkan menduduki rumah transit itu selama tiga tahun,” katanya selepas menyantuni mangsa di Sekolah Kebangsaan Seri Cheras di sini hari ini.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment