Kempen akhir pilihan raya Indonesia

JAKARTA: Calon pilihan raya presiden Indonesia Anies Baswedan, Prabowo Subianto dan Ganjar Pranowo menamatkan kempen bersama pasangan masing-masing pada Sabtu di Jakarta dan Semarang. Setiap pasangan calon mengambil kesempatan menyeru penyokong untuk mengundi mereka dan mengulangi janji kempen yang akan menentukan hala tuju ekonomi Indonesia dalam tempoh lima tahun akan datang, jika mereka menjadi presiden. Mantan Gabenor Jakarta, Anies dan pasangannya Muhaimin Iskandar mengadakan perhimpunan kempen besar-besaran di Stadium Antarabangsa Jakarta di Jakarta Utara pada pagi ini, 10 Februari. Prabowo dan pasangannya, yang juga anak Presiden Joko Widodo (Jokowi), Gibran…

Read More

Sah, Taib Mahmud dirawat di KL

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain mengesahkan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama beliau juga memaklumkan laporan polis yang tersebar di media sosial sejak Ahad lalu adalah sahih dan polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, katanya, siasatan bukanlah membabitkan insiden bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu dilarikan, sebaliknya lebih kepada perbuatan yang mungkin boleh membahayakan kesihatan Abdul Taib. Beliau berkata tiada istilah dilarikan kerana…

Read More

Sindiket edar dadah tumpas

HULU SELANGOR 10 Feb. – Satu sindiket pengedaran dadah yang dikatakan aktif sejak lima bulan lalu tumpas dan empat lelaki termasuk warga asing ditahan dalam tiga serbuan yang dilakukan sekitar sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, dalam serbuan pertama pukul 6 petang polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan sebuah apartment di Bukit Beruntung, di sini. Beliau berkata, polis merampas 24 paket plastik lut sinar berisi ketulan ganja seberat kira-kira 14 kilogram dalam kereta suspek. “Seterusnya pasukan…

Read More

Tahun Baharu Cina PN

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN),  Muhyiddin Yassin, hari ini menghadiri majlis rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina PN yang berlangsung di ibu pejabat Gerakan di Menara PGRM di sini. Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan kepimpinan parti komponen PN iaitu Presiden Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai, Penasihat Gerakan Mah Siew Keong dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Halimah Ali. Yang turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden, Mohd Radzi Jidin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Presiden…

Read More

Kabinet perlu mesyuarat segera

JOHOR BAHRU 10 Feb. – Keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 tidak sah adalah satu perkara besar yang perlu ditangani Kabinet Kerajaan Persekutuan. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, Kabinet perlu mengadakan mesyuarat dengan segera kerana keputusan yang dianggap besar dan serius itu melibatkan tiga hal. “Pertamanya,  sejauh mana bidang kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) sah membuat undang-undang Syariah. Kedua, soal pembahagian bidang kuas kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan dalam soal Islam di bawah sistem federalism yang meletakkan Islam…

Read More

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA 2024 di Dewan San Choon, Wisma MCA. Kehadiran Anwar disambut oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dengan diiringi persembahan tarian singa. Sebagai simbolik meraikan perayaan itu, Anwar bersama-sama kepimpinan MCA dan BN turut menggaul ‘Yee Sang’. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Hadir sama bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Presiden UMNO yang juga Menteri Luar, Mohamad Hasan; Menteri Pendidikan Tinggi,…

Read More

Nawaz Sharif dakwa menang pilihan raya

LAHORE: Bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif, mendakwa partinya – Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) – memenangi pilihan raya Pakistan walaupun gagal meraih majoriti yang jelas. Sharif mendakwa, PML-N muncul sebagai parti politik terbesar dalam pengundian kali ini, dan akan mengadakan perbincangan dengan kumpulan lain untuk membentuk kerajaan gabungan. PML-N kini adalah parti tunggal yang terbesar di Pakistan selepas pilihan raya, dan menjadi tanggungjawab kami untuk membawa negara ini keluar daripada kemelut. “Sesiapa pun yang mendapat mandat, sama ada calon Bebas atau parti, kami menghormati mandat yang mereka peroleh. Kami mempelawa mereka…

Read More

Bina keluarga pada usia muda – Lee

SINGAPURA 10 Feb. – Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyeru lebih ramai pasangan rakyat Singapura supaya segera ‘membina keluarga’ dan mempunyai anak pada usia lebih muda. Dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina, Lee berkata pemerintah komited bagi membina apa yang disebut sebagai “Singapura adalah untuk Keluarga” dan pemerintah akan terus menyokong aspirasi perkahwinan dan keibubapaan. Lee juga menarik perhatian kepada kadar kesuburan penduduk yang semakin turun di merata dunia terutama sekali dalam masyarakat maju seperti Singapura. Beliau akur bahawa ramai anak muda mengutamakan membangunkan kerjaya mereka, menghabiskan masa berkualiti bersama…

Read More