Tahun Baharu Cina PN

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN),  Muhyiddin Yassin, hari ini menghadiri majlis rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina PN yang berlangsung di ibu pejabat Gerakan di Menara PGRM di sini.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan kepimpinan parti komponen PN iaitu Presiden Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai, Penasihat Gerakan Mah Siew Keong dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Halimah Ali.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden, Mohd Radzi Jidin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong.

Ketbaan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu kira-kira 10.30 pagi disambut dengan aksi tarian singa dan tarian naga.

Pada majlis itu, Muhyiddin dan kenamaan lain turut menggaul ‘yee sang’, yang menjadi acara tradisi setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina, sebagai simbolik memperoleh kesejahteraan dan semua perkara dilakukan memperoleh keuntungan.

Pelbagai acara menarik turut mengisi sambutan itu, antaranya persembahan tarian tradisional, alunan gendang dan pemberian ‘angpau’ kepada tetamu yang hadir.

Related posts

Leave a Comment