Sultan Ibrahim pantau apa berlaku di Johor

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Walaupun dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim memberi jaminan baginda akan selalu pulang ke Johor. Sambil menyifatkan pelantikan itu tanggungjawab tambahan, bukan kenaikan pangkat, sultan Ibrahim berharap orang Johor tidak melupakan baginda. “Saya harap orang Johor janganlah lupakan saya dan janganlah buat tak kenal saya selepas ini. Saya juga akan tinggalkan satu mata dan satu telinga saya di Johor untuk memantau apa yang berlaku di sini. Jangan terkejut, saya tiba-tiba menjelma di mana-mana daerah,” titah baginda. Menerusi video dimuat naik di laman Instagram…

Read More

KL tempat ke-10 bandar trending dunia

PUTRAJAYA 1 Feb. – Bandar raya Kuala Lumpur menduduki tempat ke-10 sebagai bandar paling trending di dunia, demikian menurut laman web kembara TripAdvisor. Tokyo, Jepun, menduduki tempat pertama bagi destinasi paling trending di dunia diikuti Seoul, Korea Selatan (kedua), Teluk Halong, Vietnam (ketiga), Kepulauan Palawan, Filipina (keempat), Sapa, Vietnam (kelima), Pattaya, Thailand (ketujuh) dan Phnom Penh, Kemboja (kesembilan). Bandar Bogota, Colombia di Amerika Selatan dan Alajuela, Costa Rica di Amerika Tengah adalah satu-satunya wilayah lain yang menduduki tempat 10 teratas, masing-masing di kedudukan keenam dan kelapan. Kuala Lumpur juga memperoleh…

Read More

Pejuang terkejut laporan media Singapura

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) terkejut dengan laporan media Singapura kononnya Lembaga Pengampunan meringankan hukuman penjara Najib Razak daripada 12 tahun kepada enam tahun dan denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada suatu jumlah tidak dinyatakan. Presidennya, Mukhriz Mahathir berkata jika benar,keputusan itu amat menghampakan jutaan rakyat yang sudah nekad untuk menjatuhkan kerajaan BN dipimpin Najib pada 2018 akibat penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah dilakukannya. Katanya, setelah Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad memenangi Pilihanraya Umum ke-14 pada tahun 2018 dan mengambil alih kepimpinan negara…

Read More

Ekonomi meruncing, kerajaan acuh tak acuh – Muhyiddin

KUALA LUMPUR 1 Feb. –  Kedudukan ekonomi negara dikhuatiri semakin meruncing jika tiada penyelesaian segera dan menyeluruh dibuat bagi mengatasi kemerosotan Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang merekodkan aliran negatif 1.3 peratus pada Disember 2023, berbanding negatif 1.5 peratus pada November tahun sama. Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin, berkata, situasi itu ada kaitan dengan kemerosotan pendapatan eksport dan kenaikan kos import, dipengaruhi sebahagian besar oleh ketidaktentuan pasaran luar. Malah, katanya, IHPR masih berada dalam lingkungan ‘wilayah negatif’, biarpun berlaku sedikit kenaikan, sekali gus memberi kesan kepada pengilang domestik yang terpaksa…

Read More

Puad melenting saranan tukar Zahid

SEPANG  1 Feb. – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dr Puad Zarkashi ‘melenting’ dan menyifatkan ‘amat keterlaluan’ saranan supaya Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO diganti dengan pemimpin lain. Puad dalam kenyataan melalui Facebooknya berkata, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim sepatutnya mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim menukar menteri PKR yang tudak “perform”. “Ada juga pandangan Hassan Karim yang bagus. Tetapi bila dia minta Zahid diganti ia amat keterlaluan. Hassan patut “cermin diri sendiri. “Sepatutnya dia desak PMX tukar menteri PKR yang tidak “perform”. Apa kejayaan Rafizi untuk ekonomi…

Read More

61 program Hari Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Sebanyak 61 program telah disusun sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 (HWP 2024) yang bertemakan ‘Wilayah MADANI, Rakyat Harmoni’. Program HWP 2024 itu di bawah enam teras iaitu Teras Pengiktirafan; Teras Ilmiah dan Pendidikan; Teras Usahawan; Teras Kemasyarakatan; Teras Seni dan Budaya dan Teras Suka Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, berkata, HWP 2024 memberikan fokus kepada program kesejahteraan dan kebajikan yang berterusan kepada golongan B40 dan miskin di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Katanya HWP 2024 akan disambut di Dataran…

Read More

Lagi kanak-kanak maut dalam kereta

SHAH ALAM 1 Feb. – Kes kanak-kanak maut selepas ditinggalkan di dalam kereta berulang lagi. Kali ini melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas ditinggalkan di dalam kereta hampir empat jam oleh ibunya di tempat letak kereta belakang Hospital Shah Alam (HSA), kelmarin. Mangsa dikatakan ditinggalkan ibu yang juga kakitangan hospital itu selepas diambil daripada taska berhampiran. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata polis menerima laporan berhubung insiden itu daripada seorang pegawai perubatan hospital terbabit pada pukul 8.01 malam. Beliau berkata, hasil siasatan awal…

Read More