Sabah catat 660 kes baharu

KOTA KINABALU 19 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, melaporkan jumlah kes positif baharu Covid-19 di negeri ini sebanyak 660 kes dengan kumulatif meningkat kepada 24,929 kes.

Dua kematian dicatatkan iaitu masing- masing di daerah Sandakan dan Lahad Datu sementara 419 pesakit Covid-19 telah discaj dari hospital.

Seramai 2,202 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 646 orang di hospital dan 1,556 orang di PKRC. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 74 orang dan 15 memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Sementara itu daerah Tenom bertukar dari zon hijau ke zon kuning.

Daerah Sandakan mencatatkan kes tertinggi hari ini iaitu daripada 316 kes yang direkodkan, sebanyak 218 kes adalah daripada Kluster Penjara, Kluster Jambatan B (18 kes), Kluster Bomba (9 kes), Kluster Karamunting (3 kes), Kluster Mesra (2 kes) dan Kluster Bongaya (1 kes).

Manakala saringan kontak rapat (55 kes), saringan bergejala (7 kes) dan masing-masing satu (1) kes daripada saringan kemasukan hospital, saringan masuk kerja dan saringan Brought In Dead (BID).

Daerah Lahad Datu pula, mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu sebanyak 105 kes. Daripada jumlah ini, Kluster Sabaru (91 kes), Kluster Haven (1 kes), saringan bergejala (11 kes), saringan komuniti (1 kes) dan saringan kendiri (1 kes).

Related posts

Leave a Comment