Diplomasi kunci rundingan damai

TEHRAN – Gencatan senjata penuh antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) tidak mungkin dicapai selagi sekatan laut AS berterusan, kata Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf.

Katanya, sekatan AS terhadap pelabuhan-pelabuhan Iran sebagai punca kebuntuan rundingan diplomatik dan penutupan berterusan Selat Hormuz, sambil menegaskan bahawa Tehran tidak akan tunduk kepada “tekanan” Washington.

Dalam kenyataan pertamanya sejak Presiden AS Donald Trump mengumumkan lanjutan gencatan senjata, Ghalibaf berkata pembukaan semula Selat Hormuz mustahil berikutan “pelanggaran terang-terangan” terhadap perjanjian itu.

“Sesuatu gencatan senjata hanya bermakna jika sekatan maritim dan penahanan ekonomi dunia dihentikan, serta tindakan agresif Israel ditamatkan,” katanya melalui media sosial.

Beliau menambah bahawa AS dan Israel gagal mencapai matlamat mereka melalui kekerasan, dan tidak akan berjaya melalui paksaan.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, turut mengulangi pendirian tersebut, dengan menekankan bahawa diplomasi, adalah kunci kepada rundingan damai

bukannya tekanan dan ancaman.

Beliau berkata pelanggaran komitmen dan sekatan ekonomi menjadi halangan utama kepada rundingan yang tulen.

Related posts

Leave a Comment