Hospital 4 negeri AS wajibkan pelitup muka

NEW YORK: Peningkatan kes Covid-19, selsema bermusim dan penyakit pernafasan lain mendorong hospital di empat negeri di Amerika Syarikat (AS) mewajibkan semula pemakaian pelitup muka.

Laporan media menyebut kemudahan penjagaan kesihatan di New York, California, Illinois dan Massachusetts sudah mewajibkan pelitup muka dalam kalangan pesakit dan pembekal.

Menurut Pesuruhjaya Kesihatan New York City, Dr Ashwin Vasan,  mandat pemakaian pelitup muka disambung semula di semua 11 hospital awam di bandar itu, 30 pusat kesihatan dan lima kemudahan penjagaan jangka panjang.

Data mingguan terbaharu daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan terdapat lebih 29,000 kemasukan ke hospital akibat Covid-19 di seluruh AS dari 17 hingga 23 Disember, meningkat lebih 16 peratus daripada minggu sebelumnya.

CDC juga melaporkan lebih 14,700 kemasukan ke hospital akibat selesema dalam tempoh yang sama.

Pemakaian pelitup muka yang diwajibkan ketika pandemik Covid-19 dilihat sebagai keputusan politik, mencetuskan kemarahan dalam kalangan mereka yang menolak nasihat perubatan dan berasakan pelitup muka tidak banyak membantu untuk menyekat penyebaran penyakit itu.

Terdapat juga kemarahan yang mendalam dalam kalangan mereka yang memakai pelitup muka dan berasakan kesihatan mereka terancam oleh mereka yang tidak memakai pelitup muka.

Lebih 1.1 juta rakyat Amerika meninggal dunia akibat Covid-19, kadar yang lebih tinggi daripada kebanyakan negara kaya lain.

Related posts

Leave a Comment