KUALA LUMPUR 5 Jan. – Pas dan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) memilih pendekatan mempertahankan kepercayaan rakyat secara langsung dan tidak langsung, tanpa perlu kepada budaya ‘shopping’ atau ‘membeli’ ahli-ahli Parlimen. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, berkata sebarang langkah menukar kerajaan dengan politik wang datang daripada kalangan mereka yang mempunyai dana dan daripada kelompok mengharapkan habuan, berbanding pembangkang yang hingga kini peruntukan disekat. “Kami bergantung kepada rakyat dan pengorbanan mereka bersama Pas sejak penubuhannya hingga kini. Orang yang tidak boleh bertahan melalui ribut dan gelombang politik ini umpama mereka yang…
Read MoreDay: January 5, 2024
Jaga kesihatan, reaksi PM kepada Dr M
KUALA LUMPUR 5 Jan. – “Jaga kesihatan” kata Anwar Ibrahim secara ringkas sebagai mengulas sindiran yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya hari ini. Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa usaha menubuhkan kerajaan pintu belakang di negara ini adalah kepakaran Anwar. Terdahulu Anwar merasmikan Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi di World Trade Centre (WTC), hari ini. Dr Mahathir dalam kenyataannya hari ini, menafikan beliau terbabit dalam gerakan Langkah Dubai yang didakwa dibuat bertujuan menjatuhkan kerajaan. Bekas perdana itu menegaskan, beliau tidak berada di Dubai, ibu…
Read MoreDr Mahathir nafi terlibat Langkah Dubai
PUTRAJAYA 5 Jan. – Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau terbabit dalam gerakan Langkah Dubai yang didakwa bertujuan menjatuhkan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim. Bekas perdana menteri itu sebaliknya mendawa kerajaan pintu belakang atau backdoor Government adalah kepakaran Anwar. Dr Mahathir juga menegaskan, beliau tidak berada di Dubai, ibu kota Emiriyah Arab Bersatu (UAE) seperti yang heboh diperkatakan. “Beberapa hari kebelakangan ini agak heboh mengenai Langkah Dubai dan ada yang babitkan saya dalam usaha yang dikatakan untuk tubuh kerajaan pintu belakang. “Pertamanya, saya sudah lama tidak ke Dubai. Keduanya, sepanjang…
Read MoreLetupan: Daesh mengaku bertanggungjawab
DUBAI: Daesh mengaku bertanggungjawab atas dua letupan di bandar Kerman, Iran yang mengorbankan hampir 100 orang dan mencederakan ramai lagi pada upacara peringatan kematian komander tertinggi Qassem Soleimani. Dalam kenyataan yang disiarkan di saluran Telegram sekutunya, kumpulan itu berkata, dua anggota Daesh meletupkan tali pinggang dengan bahan letupan di khalayak umum di tanah perkuburan di Kerman, tenggara Iran pada Rabu. Di Washington, jurucakap Rumah Putih, John Kirby pada Khamis memberitahu pemberita bahawa Amerika Syarikat (AS) tidak meragui dakwaan Daesh yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. Teheran sebelum ini menyalahkan kes…
Read MoreBerita pilihan….
125 terbunuh akibat pengeboman Israel
GAZA: Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas melaporkan, 125 terbunuh akibat pengeboman Israel dalam tempoh 24 jam lalu, ketika lebih banyak serangan dilancarkan Israel di dalam dan sekitar Bandar Gaza. Semenanjung Gaza kini menjadi sebuah zon pertempuran yang sebahagian besarnya musnah, dengan Khan Younis, bandar terbesar di selatan wilayah itu, antara yang paling teruk terjejas. Tentera berkata, mereka membunuh pejuang Hamas di kawasan Khan Younis, menyerang ‘infrastruktur perang’ dan pejuang yang cuba ‘meletakkan alat letupan berhampiran tentera’. Kebakaran besar tercetus susulan bedilan peluru berpandu regim Zionis di kawasan Deir…
Read MoreHospital 4 negeri AS wajibkan pelitup muka
NEW YORK: Peningkatan kes Covid-19, selsema bermusim dan penyakit pernafasan lain mendorong hospital di empat negeri di Amerika Syarikat (AS) mewajibkan semula pemakaian pelitup muka. Laporan media menyebut kemudahan penjagaan kesihatan di New York, California, Illinois dan Massachusetts sudah mewajibkan pelitup muka dalam kalangan pesakit dan pembekal. Menurut Pesuruhjaya Kesihatan New York City, Dr Ashwin Vasan, mandat pemakaian pelitup muka disambung semula di semua 11 hospital awam di bandar itu, 30 pusat kesihatan dan lima kemudahan penjagaan jangka panjang. Data mingguan terbaharu daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan terdapat…
Read More