NEW YORK: Sebanyak 1.9 juta orang atau hampir 85 peratus daripada jumlah penduduk Gaza dianggarkan hilang tempat tinggal, demikian menurut Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA). Jumlah itu termasuk penduduk yang telah berpindah beberapa kali kerana mencari tempat selamat untuk berlindung di mana hampir 1.4 juta orang pelarian dalam negara (IDP) berlindung di 155 kemudahan UNRWA di semua lima wilayah. Rafah kini menjadi tempat perlindungan utama bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal dengan lebih sejuta orang tinggal berhimpit-himpit di dalam ruang yang sangat sesak di…
Read MoreDay: January 4, 2024
Dua individu ‘campur tangan’ hal ehwal Islam disiasat
KUALA LUMPUR 4 Jan. – Polis Bukit Aman mengesahkan menyiasat dua individu yang mengeluarkan kenyataan sensitif dan campur tangan dalam isu membabitkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Shuhaily Mohd Zain, dalam satu kenyataan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka dua kertas siasatan berhubung kes itu. Menurutnya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 Dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998. “Kes masih…
Read MorePas kecam serangan di Iran
KUALA LUMPUR 4 Jan. – Pas mengecam serangan yang telah membunuh lebih 100 nyawa dan mencederakan lebih 200 orang awam lain dalam tragedi pengeboman di bandar Kerman, di tenggara Iran semalam. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, dunia Islam wajar mengutuk dalang di sebalik serangan ini, kerana telah mengorbankan rakyat awam dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. “Pas mengucapkan takziah kepada kerajaan Iran dan rakyat yang terlibat dalam tragedi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka yang terkorban dan diberikan kesembuhan bagi mereka yang tercedera,” katanya…
Read MoreSanusi patut tumpu majukan Kedah
SEREMBAN 4 Jan. – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyifatkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, sebagai pemimpin tidak bertanggungjawab susulan ada usaha untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan. Katanya, Muhammad Sanusi sepatutnya memberi fokus kepada usaha memajukan negeri Kedah selepas diberikan mandat menerajui negeri itu. Menteri Pengangkutan itu berkata, Menteri Besar Kedah itu sepatutnya fokus kepada memajukan Kedah kerana sudah diberikan mandat untuk menjadi menteri besar dan sepatutnya memberi tumpuan bekerja sebagai menteri besar. “Bukannya ambil Langkah Chow Kit, Langkah Alor Setar dan sebagainya. Itu orang yang tidak bertanggungjawab, orang…
Read MoreLFL juga gesa tangguh PADU
KUALA LUMPUR 4 Jan. – Kerajaan digesa menangguhkan pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga pindaan dibuat ke atas Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010. Pengarah Lawyers for Liberty (LFL) Zaid Malek, berkata pelaksanaan PADU sebelum pindaan dibuat ke atas akta itu akan mendedahkan orang awam kepada bahaya pelanggaran data, kebocoran dan penipuan. Katanya, ketika ini Seksyen 3(1) APDP mengecualikan kerajaan daripada penguatkuasaannya dan ini bermakna data yang dikumpul PADU boleh disebarkan atau digunakan oleh kerajaan di luar tujuan yang diisytiharkan sebagai subsidi bersasar. “Terdapat kes penyalahgunaan data oleh kerajaan sebelum…
Read MoreHawana 2024 di Sarawak
KUALA LUMPUR 4 Jan. – Sarawak akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada 27 Mei ini yang akan turut dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan terus memainkan peranan sebagai urusetia bagi penganjuran sambutan berkenaan. Keputusan pemilihan Sarawak ini sudah diputuskan dalam mesyuarat pasca Kabinet semalam dan bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri yang mahukan Hawana 2024 diadakan di negeri itu dalam ucapannya pada sambutan Hawana 2023 di Ipoh, Perak tahun lepas. “Bagaimanapun, lokasi sebenar di Sarawak bagi…
Read MoreMalaysia kecam pengeboman di Iran
PUTRAJAYA 4 Jan. – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya insiden pengeboman di kawasan perkuburan Kerman di bandar Kerman, Iran, yang menyebabkan ratusan cedera dan meragut kira-kira 95 nyawa, semalam. Kementerian Luar dalam kenyataan berkata Malaysia dengan tegas menolak sebarang tindakan ganas dan aktiviti keganasan dalam semua bentuk dan menyeru mereka yang terbabit dibawa ke muka pengadilan dengan segera. “Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang kehilangan insan tersayang dalam tragedi ini, serta kepada Kerajaan dan rakyat Iran. “Malaysia turut mendoakan kesembuhan segera kepada mereka yang cedera. Setakat ini,…
Read More